NAMA BLOGGERS

Monday, February 28, 2011

SIFAT-SIFAT YANG BAIK..

Assalamulaikum...
  Di dalam Al-Quran  ada menganjurkan supaya kita manusia mengerjakan sifat-sifat yang baik seperti:
1. Bersikap adil:
    Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)". ( Asy-Syuura: 15)
2. Menepati janji:
    " Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki."(Al-Maaidah :1)
3. Bersifat Iklas:
     " Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar." (Al-Bayyinah: 5)
4. Mencintai orang-orang yang berbuat baik:
     "Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Al-Imran : 134)
Ada lagi banyak unjuran  supaya manusia mempunyai sifat-sifat yang baik yang terkandung dalam Al-Quran.
Wassalam...

4 comments:

Raden said...

nk cr calon suami yg ade sume sifat d atas! haipp!

aree said...

macam i ke hee..heee

Anonymous said...

nice info ! :)

aree said...

terima kasih.....

.