NUFNNANG

NAMA BLOGGERS

Monday, January 31, 2011

HAMBA YANG DIREDHAI ALLAH...(2)

sambungan.........

Keredhaan ALLAH inilah sehabis-balas baik pembalasan dengan sehingga-hingga penghargaan dan limpah anugerahNya yang terdiri daripada puncak kenikmatan daripada ALLAH buat seorang hambaNya yang berada dalam golongan orang-orang taat.
  Inilah Anugerah buat mereka yang berada dalam kalangan orang-orang yang  taat kepada ALLAH.  Yang sidiq(benar) dengan taatnya.
Dengan ketaatan yang kholis(ikhlas) dan sidiq(benar) dan dengan limpah kurnia yang besar dari Allah,  maka selayaknyalah mereka berada antara para malaikat yang paling hampir dengan ALLAH Taala.
  Demikianlah perihal berkenaan dengan amal taat,  pembalasan,  pengiktirafan ALLAH kepada hamba-hambaNya yang diredhainya.
Cukuplah dengan keredaan ALLAH diatas setiap hal dirimu. Cukuplah kerana sesuatu yang lain tidak akan bererti tanpa keredaan daripada ALLAH TAALA................bersambung...

HAMBA YANG DIREDHAI ALLAH...(1)

Buat tatapan rakan-rakan.

Tidak ada sesuatu yang lebih tinggi dan lebih bererti buat seorang hamba dengan tuannya selain daripada mendapat keredhaanNya
  • Apa gunanya mengharapkan amal bakti dan taat dengan balasan wang ringgit atau keselesaan hidup di dunia ini sedangkan diri berada dalam kemurkaan ALLAH;
  • Dan tidaklah bererti ketinggian ilmu yang dimiliki di samping kedudukan yang mulia di sisi makhluk sekiranya diri berada dalam pandangan kemurkaan dari ALLAH;
  • Dan apalah gunanya amal yang banyak menggunung kiranya sekadar mengharap balasan ini dan balasan itu,  minta dibuka alam ini dan alam sana lantaran harapan dan permintaan itu mengundang kemurkaan dari ALLAH.
Pendek kata buatlah apa sahaja kebaikan dan ketaatan dan milikilah apa sahaja kesenangan dan keselesaan hidup,  tetapi jika ianya tidak mendapat keredhaan dari ALLAH Taala,  maka tidaklah berbaloi segala usaha dan pemilikan yang diterima.Dengan demikian fahamilah wahai diri.
  • Biarlah amal sedikit,  atau ilmu yang sedikit asalkan ALLAH sentiasa meredhai hal diri kita;
  • Biarlah tidak termasyhur,  hina dan keji pada pandangan manusia asalkan Allah meredhai hal kita;
  • Biarlah hidup sederhana atau melarat dan terpenjara di dunia ini,  asalkan hal diri kita sentiasa dalam keredhaan ALLAH.
Cukuplah.....dan memadailah dengan keredhaan Allah itu kerana tidak ada apa lagi yang lebih baik selain daripada mendapat keredhaan ALLAH,  malah ianya merupakan sebaik-baik Anugerah ALLAH yang limpah nikmatNYA......................................................(bersambung)

Disini saya bukan hendak mengajar tetapi mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan pembaca.

Thursday, January 27, 2011

RENUNGAN BERSAMA......

Apabila orang menyukai nafsunya,segala yang dilakukannya dianggap baik. Kalau pun ia menganggap buruk, pasti keburukan itu akan ditutup.
 Orang yang menganggap baik dirinya sudah tentu menganggap tingkah lakunya baik belaka.
Akhirnya orang ini akan lupa kepada ALLAH dan tidak mahu muhasabah dirinya sendiri.
Akibat kesenangan NAFSU menguasai dirinya  dan mudah sekali ia tergelincir ke kancah MAKSIAT.
 Sebaliknya seseorang itu tidak menyukai NAFSUnya,semua tingkah lakunya dirasakan kurang,bahkan tidak baik, sehingga membuatkan ia rajin menelaiti kekurangan dan keburukan diri sendiri.
Lama-kelamaan timbulah iffah ia itu penjagaan kehormatan diri sendiri sebagai muslim dan mukmin. Seterusnya ia TIDAK berani melanggar larangan ALLAH dan mencuaikan perintahNYA.

Wednesday, January 26, 2011

SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul- maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda:

"Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.

Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. 



Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.



Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun ke medan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. 


Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. 


Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. 


Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain :

Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. 



Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. 


Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

Friday, January 21, 2011

KELEBIHAN SURAH ALFATIHAH

SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya
permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh
makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap
sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.


KELEBIHAN BISMILLAH

Assalamualaikum......


Sedikit pengetahuan yang ingin dikongsikan ......


BISMILLAH (Dengan Nama Allah)

Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.


akan menyusul lagi yang lain kemudian..............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik untuk tabung blog ini.....terimakasih