NUFNNANG

NAMA BLOGGERS

Monday, February 28, 2011

PEMENANG BERTUAH : DPT TOP UP!

TAHNIAH !! 
Follower dah mencapai 244----> no rumah aku. Dan no fav aku juga....Seperti yang dijanjikan, di entri ini, aku nak bagi top up pada follower terpilih.....

Blogger yang bertuah kali ini ialah khairina izzati. Terima kasih ye cik khairina.... Selalulah ke sini ye...



Bagi yang lain-lain, rajin-rajinlah melawat blog aku...... sebarkan kepada rakan anda ............ akan ada lagi hadiah misteri yang menanti..... TUNGGUUUUUU........

P/S : cik khairina, nak topup tak ? cepat2 hubungi saya di aree8686@gmail.com untuk mendapatkan habuan anda....hehehehe

SIFAT-SIFAT YANG BAIK..

Assalamulaikum...
  Di dalam Al-Quran  ada menganjurkan supaya kita manusia mengerjakan sifat-sifat yang baik seperti:
1. Bersikap adil:
    Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)". ( Asy-Syuura: 15)
2. Menepati janji:
    " Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki."(Al-Maaidah :1)
3. Bersifat Iklas:
     " Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar." (Al-Bayyinah: 5)
4. Mencintai orang-orang yang berbuat baik:
     "Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Al-Imran : 134)
Ada lagi banyak unjuran  supaya manusia mempunyai sifat-sifat yang baik yang terkandung dalam Al-Quran.
Wassalam...

PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH !



TAMBAH PENDAPATAN DENGAN LEBIH MUDAH ? TAK PERLU BANNER ! TAK PERLU FIKIRKAN TRAFFIK ! HANYA JAWAB SURVEY !

JOM REGISTER -----> ipanelonline ! JANGAN LEPASKAN PELUANG !

Friday, February 25, 2011

Mendustakan Ayat ALLAH = Menyombongkan Diri

Assalamulaikum,

   "Celakalah bagi orang-orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa, (yaitu) orang yang mendengar ayat -ayat Allah ketika dibacakan kepadanya, namun dia tetap menyombong diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka peringatkanlah dia dengan azab yang pedih." (Al-Jathiyah: 7-8)

   "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." (Al-A'raf : 36)

   Si sombong dan si pembangga diri telah melupakan penciptaan serta kelemahan lahiriah dan kecerdasan mereka di hadapan Allah, yang merupakan sifat-sifat iblis sebagaimana dijelaskan Al-Quran.
Allah mencipta Adam dan memerintahka semua malaikat-Nya bersujud di hadapannya. Menganggap dirinya lebih unggul daipada manusia, iblis memberontak terhadap Allah dan tidak mengindahkan perintah ini.

   Inilah keadaan mereka yang memperlakukan manusia dengan keangkuhan kerana berpaling dari Allah. Yakin setinggi-tingginya akan kemampuan diri sendiri, mereka tidak menghargai pendapat yang lain, Apalagi  yang disampaikan itu merupakan kebenaran. Mereka bersikap keras dengan cara berfikir mereka sendiri, yang merupakan kecenderungan, yang menyebabkan mereka terseret ,menjauhkan diri dari nilai-nilai Al-Quran, ayat-ayat Allah. Lebih penting lagi mereka yang gagal mengenali kelemahan diri di hadapan Allah akan di kirim ke neraka.

Wassalam...

Thursday, February 24, 2011

Sikap Terhadap Penyakit

Assalamulaikum...

   Seseorang yang sedar akan imannya akan bersabar dan menempatkan dirinya dalam kehendak ALLAH kerana dia menyedari bahawa cobaan dan sakit adalah ujian dari ALLAH seperti halnya kesejahteraan, kemakmuran, dan kemudahan.
    Selain bersabar, orang beriman juga menjalani perawatan yang diperlukan untuk membuatnya pulih kembali. Dia sedar menjalani perawatan dan meminum ubat yang disarankan untuk penyakitnya. Pada masa yang sama(sesuai dengan ajaran Al-Quran), dia berdoa dan terus-menerus agar ALLAH menolong dan menyembuhkannya. Dalam Al-Quran, ALLAH menjadikan Nabi Ayub a.s. sebagai contoh atas sikap iman ini,

"Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang".(Al-Anbiya : 83)

     Semua ubat yang diminum adalah saranan untuk menuju kesembuhan. Jika ALLAH menghendaki, Dia akan menjadikan perawatan tersebut adalah saranan penyembuhan, ALLAHlah yang mencipta saranan kesihatan yang digunakan dalam perubatan. Singkatnya, hanya ALLAH Yang menciptakan kesembuhan.

Wassalam...

     

Tuesday, February 22, 2011

BERIMAN ,PEMIMPIN YANG BAIK..

Assalamulaikum..

Setiap manusia yang tulus beriman kepada ALLAH memenuhi semua perintahNya tanpa syarat, dan penaatan kepada Al-Quranlah yang menyebabkan kesempurnaan akhlaknya.
ALLAH memerintahkan ketakwaan, keadilan, kesabaran, pengerobanan, kesetiaan, pengabadian, penepatan janji, kepasrahan, kerendahan hati, pemaaf, penyayang, pengasih, pengendalaian amarah, dan banyak lagi sifat-sifat akhlak. Menunjukan kesempurnaan akhlak ini sebagaimana disajikan dalam Al-Quran bergantung ketakutan seseorang itu kepada ALLAH dan kerana itu mengikut suara nuraninya. Semakin takut seseorang itu kepada ALLAH dan seksama mengikut apa di serukan nuraninya, Maka semakin patuh ia pada perintah ALLAH.
 Seseorang yang tidak memiliki sifat-sifat ini gagal menunjukan tanggungjawab untuk hidup dengan akhlak-akhlak Al-Quran. Ia mungkin memperlihatkan sebahagian sifat-sifat yang diredai ALLAH, namun, ketika menghadapi keadaan dimana ia merasakan kepentingannya dipertaruhkan, ia menjadi seseorang yang sama sekali berbeza.

"Dan orang-orang yang berkata:"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa." (Al-Furqan: 74)

Wassalam...

Monday, February 21, 2011

Join THE FACEBLOG...

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

DARI KERANA MATA......

gambar hiasan


Assalamulaikum...
 Jika kita ni terlalu berlebihan-lebihan melihat sesuatu ia akan membuatkan kita sering menimbulkan angan-angan yang indah yang membuatkan kenangan yang sukar hendak dilupakan, yang akhirnya merosakkan hati manusia.
Diantara akibat yang yang disebabkan oleh pandangan itu;

Rasulullah SAW bersabda:
"Pandangan adalah salah satu anak panah yang dimiliki iblis; Maka barang sesiapa yang memejamkan pandangannya kerana ALLAH, maka DIA akan memberi manisnya iman dalam hatinya, sampai pada hari yang ia menghadap kepadaNYA." (HR: Ahmad.).

Pandangan mayta juga akan membuatkan masuknya syaitan ke lubuk hati, sebab syaitan lebih cepat dan dapat langsung menembusi dinding hati melalui pandangan, secepat kilat atau cahaya. Ia bersemayam dalam kalbu untuk memberi corak tersendiri dari kesan yang ditangkapnya. Kemudian syaitan itu menjanjikan bermacam khayalan indah yang mempesonakannya, serta menyalakan api syahwat yang bahan bakarnya adalah kemaksiatan.

Pandangan mata dapat menyibukan hati, melenakan dalam buaian mimpi yang indah-indah, lupa terhadap pekara-pekara yang menjadi kemaksiatannya. Lalu ia akan berbuat melampaui batas, sehingga hilanglah akal sihatnya dan rasmilah ia menjadi pengabadi hawa nafsunya;
Firman ALLAH yang bermaksud:
"Janganlah kamu mengikut orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kamu, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Al-Kahfi : 28)

Menurut orang-orang yang bijaksana(hukama) berkata, "Diantara mata dan hati ada jalan tembus sebagai penghubung. Maka apabila mata telah rosak dan hancur, maka rosaklah hati dan akhirnya ia sebagai tempat sampah untuk segala macamkotoran dan benda-benda najis lainnya. Maka mustahil bagi hati yang keadaannya sudah sedemikian rosak ini sebagai tempat bersemayamnya makrifatullah, rasa ingin bertaubat, rasa tenang dan damai bila dekat dengan ALLAH."

Melepaskan pandangan yang bebas adalah merupakan suatu perbuatan maksiat kepada ALLAH SWT. Sebagaimana firman ALLAH yang maksudnya:
"Katakanlah kepada orang-orang Mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih baik suci bagi,mereka, sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbut." (An-Nur : 30)

Melepaskan pandangan(pada kemaksiatan) juga akan menyebabkan hati diselimuti oleh kegelapan, dan terlepas dari Nur Illahi, akibatnya hati ini tidak dapat membezakan antara yang hak dan batil, perbuatan sunah dan yang bidaah. Sedangkan menahan pandangan kerana ALLAH SWT akan menjadikannya mendapat firasat kebenaran untuk membezakan sesuatu.

Seorang Solihin mengatakan:
"Barangsiapa yang memakmurkan lahiriahnya dengan mengikuti sunah, dan batinnya dengan muraqabah(menjaga diri untuk tidak membuat haram), menahan pandangan matanya dari pekara-pekara haram, mencegah dirinya dari pekara-pekara syubhat dan memakan makanan yang halal, serta memandang pandangan lahiriahnya dari larangan-larangan ALLAH, maka ALLAH akan memancarkan cahaya bagi pandangan mata batinnya.

Wassalam...

Saturday, February 19, 2011

CINTA DUNIA......

Assalamulaikum..


gambar hiasan

Cinta Dunia Mengakibatkan Keingkaran.

Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah; sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi peringatan, niscaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari salah satu umat-umat (yang lain). Tatkala datang kepada mereka pemberi peringatan, maka kedatangannya itu tidak menambah kepada mereka, kecuali jauhnya mereka dari (kebenaran)," (Fatir:42}

    Sebahagian besar orang musyrik mengakui adanya ALLAH, Yang Berkuasa.Yang menciptakan diri mereka dan seluruh alam semesta.Namun, sekalipun  demikian, mereka menyimpangkan pemahaman atas agama ini. Alasan utama mengapa orang-orang ini berpaling dari Pencipta adalah kuatnya kecintaan kepada kehidupan dunia ini. 
    Disebabkan kecintaan yang amat besar inilah, dengan mudahnya mereka mengabaikan fakta-fakta dan menipu diri sendiri. Hal ini terbukti pada saat Rasulullah SAW diutus ke tengah-tengah mereka. Mereka tetap mengingkarinya kerana alasan tadi.
    Pada hari perhitungan, kelak setiap orang akan dinilai sesuai dengan amal perbuatannya dan tidak seorang pun sempat menyembunyikan amal-amal keburukannya. Dengan kutamanan pengadilan Ilahi ini,mereka yang mengikut jalan yang benar akan mendapat syurga untuk selama-lamanya. Sedangkan para pendosa, mereka kelak menyesali segala-galanya dan akan menemui akhir yang mengerikan.

Wassalam..

Friday, February 18, 2011

HATI (2).....RACUN........

gambar hiasan

Assalamulaikum,
Disini kita berbicara tentang pekara yang menjadikan racun-racun yang ada dalam hati manusia ini..

Berlebih-lebihan dalam berbicara..
Dalam sebuah hadis dari Anas bin Malik Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
"Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba, sehingga lurus hatinya, dan tidak akan lurus hatinya,sehingga lurus lidahnya." (HR:Ahmad)

Dalam hal ini, Rasulullah menjadikan syarat lurusnya iman seseorang dengan meluruskan hatinya,kemudiannya menjadikan syarat kebaikan hati dengan kebaikan lidah.
Sabda Rasulullah SAW.
"Janganlah memperbanyakan kata(bicara) selain zikir kepada ALLAH, kerana banyak bicara selain zikir kepada ALLAH akan menjadikan hati keras." (HR:Tarmizi)
 Umar bin Khatabb pernah berkata : "Barangsiapa banyak bicaranya , maka banyak pula kesalahanya, dan orang yang banyak kesalahanya bererti banyak dosanya,sehingga nerakalah sebaik-baik tempat baginya."

Didalam satu hadis Muaz,Rasulullah SAW bersabda:
"Mahukah kamu jika saya menjawab:"Tentu, ya Rasulullah." Maka Rasulullah menunjukan pada lidahnya, sambil berkata: "Jagalah ini!" Muaz berkata: "Ya Rasulullah ,apakah kami akan memperolehi siksa akibat ucapan kami?." "Betapa celakanya engkau wahai Muaz , bukankah orang-orang yang tersungkur ke dalam neraka itu, melainkan hasil menabur fitnah melalui lidah-lidah mereka, akhirnya menemui siksaNya." (HR: Tarmizi dan Hakim)

Maksud daripada hadis ini ialah, bahawa hakikatnya dalam kehidupan ini, manusia di dunia ini menaburkan benih-benih kebaikan dan keburukan yang ditimbulkan dari ucapannya,,dan nanti ia akan menuai hasilnya berupa siksaan bila benih-benih yang ditaburkan itu berupa keburukan(fitnah).Dengan sebab itu,  barangsiapa yang menanam kebaikan, berupa ucapan atau perbuatan,iapun akan menuai kemuliaan.

Rasulullah SAW bersabda:
"Yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka adalah melalui dua lubang; mulut dan kemaluannya." (HR: Tarmizi)

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa Uqbah bin Amir berkata kepada Rasulullah SAW:
"Ya Rasulullah, apakah keselamatan itu?" Beliau menjawab: "Jagalah lidahmu dan menangislah atas kesalahan dan dosa-dosamu."

Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang dapat memberikan jaminan kepadaku untuk menjaga sesuatu yang berada diantara kedua dagu(lidahnya) dan kedua pahanya(kemaluannya), maka aku akan menjaminnya masuk syurga." (HR: Bhukari)

"Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian, maka hendaklah berkata yang baik atau diam" (HR:Abu Hurairah)

"Semua ucapan manusia akan memberatinya, tidak meringankan baginya, kecuali amar makruf dan nahi mungkar dan zikrullah." (HR: Tarmizi dan Ibn Majah).

Imam Hasan Al Basri berkata:
"Belum memahami agama, orang yang tidak menjaga lidahnya."

Bahaya yang paling kecil yang ditimbulkan oleh lidah ialah berkata-kata sesuatu yang tidak bermanafaat(sia-sia),sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Diantara kebaikan agama dari seseorang ialah apabila ia mahu meninggalkan apa yang tidak berguna baginya." (HR:Tarmizi dan Ahmad).

Imam Sahal berkata:
"Barangsiapa yang membicarakan sesuatu yang tidak membawa manafaat baginya,maka ia tertutup dari ucapan yang jujur."

Inilah bahayanya dari sebahagian lidah kita itu, cuba kita bayangkan sendiri, betapa bahaya fitnah yang dihasilkan oleh lidah, berdusta, mencaci orang lain da bemacam-macam lagi.
Akibatnya hati akan menjadi rosak dan mempersia-siakan kenikmatan dunia serta keuntungan di akhirat nanti. Semoga ALLAH akan menolong kita nanti.

Wassalam...








Thursday, February 17, 2011

HATI...PART 1

gambar hiasan
Assalamulaikum,
Hari ini kita bicarakan tentang Hati.Manusia. Manusia ini ada bemacam-macam tentang Hatinya,kalau nak dituliskan terlalu banyak mengenai hati seseorang itu.Jadi kita tanya hati kita masing-masing.
Adakah hati ini Sihat atau Sakit?
Kita bicarakan hati yang sakit dulu.....

Hati yang sakit?
Tanpa kita sedari,berkemungkinan hati seseorang itu dalam keadaan sakit ataupun hatinya telah mati,namun yang mempunyai hati tersebut tidak mengetahuainya.
Tanda-tanda hati yang sedang sakit atau dalam proses mati adalah, apabila ia merasa bangga dan senang dengan kemaksiatan-maksiatan yang dilakukannya.dalam hal ini hatinya telah diracuni,sehingga ia tidak dapat lagi membezakan antara nilai-nilai kebenaran dan kebatilan.
Diantara tanda-tanda hati yang sedang sakit,ia tidak memperdulikan tentang hasil ataupun makanannya daripada sumber mana sekalipun samaada halal ataupun haram.(manakala bagi hati yang sihat, ia akan mengutamakan makanan yang bermanfaat untuk kesuciannya serta membunuh kuman-kuman penyakit yang akan mematikan hatinya)

Racun-racun Hati:
Kemaksiatan yang dilakukan adalah merupakan racun bagi hati,kata orang-orang alim,
  Ku lihat dosa-dosa itu mematikan hati
  Dan ketagihan kepada membuat dosa,
  Akan mewariskan kehinaan,
  Meninggalkan dosa bererti kehidupan bagi hati,
  Maka itulah yang paling baik bagi dirimu.

Bagi sesiapa yang menginginkan keselamatan dan kehidupan bagi hatinya,hendaklah ia membebaskan hatinya dari berbagai pengaruh bagi hatinya,hendaklah ia membebaskan hatinya dari berbagai pengaruh racun itu dan selalu menjaganya supaya tidak berjangkit lagi.jika pada satu saat ia lupa sehingga berjangkit lagi, maka segeralah memberikan ubatnya,iaitu dengan jalan bertaubat kepada ALLAH,berbuatlah kebaikan, kerana perbuatn baik akan menghapuskan perbuatan buruk..

RACUN- RACUN BAGI HATI.......kita sambung di post akan datang.......(selalu2lah jenguk blog saya....)

Wednesday, February 16, 2011

REZEKI HARAM...

gambar hiasan


gambar hiasan
Assalamulaikum.

Apabila kita melihat sekarang ni..banyak orang lagi yang tidak memiliki rasa malu dalam mencari sesuap nasi sehingga mendorong terjadinya rasuah,tidak amanah terhadap pekerjaan sehingga melihatkan keinginan manusia yang ingin cepat kekayaan itu amat penting dalam kehidupan.
Maka, tidak tidak berlebihan bila kita sering mendengar ungkapan dalam kehidupan sehari-hari "Mencari yang Haram aje susah apa lagi yang Halal."

Rasulullah menjelaskan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkanoleh Abu Hurairah:
     "Akan datang kepada manusia suatu masa ketika orang tidak lagi peduli terhadap apa yang diambilnya,apakah itu, halal atau haram."

Demikian juga dari Ibnu Umar yang berkata;
      "Barang siapa yang membeli pakaian dengan harga sepuluh dirham,satu dirham diantaranya adalah wang haram maka ALLAH tidak akan menerima solatnya selama pakaian itu masih dipakainya."

Kemudian,Ibnu Umar memasukan jarinya ke dalam dua telinganya, lalu berkata,
"Biarlah telinga ini tuli kalau tidak mahu mendengarkan perkatan dari Rasulullah ini.:(HR.Imam Bukhari.}

Wassalam...

Sunday, February 13, 2011

MAKSUD BICARAMU..........AKU TAHU.......


gambar hiasan
Sifat berkata-kata, Pilihlah sifat kata yang terbaik.

1. Berkata mencari kawan
2. Berkata tidak berkawan
3. Berkata mencari lawan
4. Berkata tidak berlawan

Setiap ucapan yang kita keluarkan, akan ditanggapi oleh orang lain berdasarkan tujuan dan cara kita berbicara.
Berkata mencari kawan, kita sebagai makhluk sosial selalu memerlukan orang lain.
Ketika berkata-kata dengan orang lain agar berusaha untuk mencari kawan.
Berkata tidak berkawan yaitu ucapan-ucapan yang bersifat fitnah atau menyusahkan orang lain.
Berkata mencari lawan yaitu ucapan yang menimbulkan perlawanan atau marah orang lain.
Berkata tidak berlawan meliputi perintah-perintah yang harus dilaksanakan. Si penerima perintah tidak mampu membantahnya.
Kata riang, kata orang muda
Kata orang alim, kata hakikat
Sulit pahamnya berkata-kata
Tiap kalimat punya alamat

Agar disebut orang berbudaya
Ketika menyapa ataupun bertutur
Khusus yang tua, lain sebaya
Bicaralah sopan, kalimat teratur

 Di hadapan doktor gigi mulut dibuka lebar
Kepada orang lain jangan kerjakan
Itu perilaku manusia terpelajar
Menjauhi sengketa bisikan setan



AWARD : FOLLOWER KE 100

Assalamualaikum.......

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA EN NAKAL KERANA MENJADI FOLLOWER KE 100 SAYA.

DENGAN INI, SAYA MEMBERIKAN AWARD YANG TAK SEBERAPA NI UNTUK DI TEPEK DI MANA-MANA DI AREA BLOG ANDA......(JIKA SUDI)





Akan datang, saya akan menyediakan hadiah berupa material atau top up (minimum RM 30.00) atau apa-apa benda ajelah yang saya tahu  korang MESTI suka.........heheheheeh......

Siapa yang akan dapat ? Bila saya nampak no follower tu macam menarik je kat mata saya, atau no kegemaran saya, saya akan umumkan. Okay ? Jadi, siapa yang belum follow, cepatlah Follow. 

Wassalam.

p/s: saya tak kisah pun ada follower ke tak (mula2), tapi sekarang saya sangat menghargai semua yang sudi FOLLOW saya. Semoga dapat kebaikan datang ke BLOG AREE8686 ni. TERIMA KASIH SEMUA.

HARI VALENTINE...(SENDIRI MAHU INGAT!!)

gambar hiasan
Assalamulaikum...

Muqaddimah

Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah :
ولن ترضى عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله  هو الهدى  ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم  مالك من الله  من ولي ولا نصير .
Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan senang kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “ Sesungguhnya petunjuk Allah itulah merupakan petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah datangnya pengetahuan kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri:
قال الرسول e  : لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْدَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ ؟
Maksudnya: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka

Makna Valentine
Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.
Asal Usul Valentine
Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine.
Pendapat Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi.
Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.
Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Cara Sambutan Valentine
Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.
Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.
Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’. Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.
Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich dan St. Valentine Church di Buffalo, New York.
Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.
Pandangan Islam Berkenaan Budaya Tidak Berakhlak
Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.;
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ  لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ  وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ  وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ  وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ  لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ 
Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.
Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Hukum Menyambut Hari Valentine’s Day
Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”.
Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saturday, February 12, 2011

INGIN POLIGAMI...

Adil Adalah Syarat Dibolehkan Poligami


Syarat yang ditentukan Islam untuk poligami ialah terpercayanya seorang muslim terhadap dirinya, bahwa dia sanggup berlaku adil terhadap semua isterinya baik tentang soal makannya, minumnya, pakaiannya, rumahnya, tempat tidurnya maupun nafkahnya. Siapa yang tidak mampu melaksanakan keadilan ini, maka dia tidak boleh kawin lebih dari seorang.
Firman Allah:
 Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.(An-Nisaa:3)


Dan bersabda Rasulullah s.a.w.:"Barangsiapa mempunyai isteri dua, tetapi dia lebih cenderung kepada yang satu, maka nanti di hari kiamat dia akan datang menyeret salah satu lambungnya dalam keadaan jatuh atau miring." (Riwayat Ahlulsunan, Ibnu Hibban dan al-Hakim)
Yang dimaksud cenderung atau condong yang diancam oleh hadis tersebut, ialah meremehkan hak-hak isteri, bukan semata-mata kecenderungan hati. Sebab kecenderungan hati termasuk suatu keadilan yang tidak mungkin dapat dilaksanakan. Oleh karena itu Allah memberikan maaf dalam hal tersebut.


 Seperti tersebut dalam firmanNya:
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(An-Nisaa:129) 


Oleh karena itu pula setelah Rasulullah membagi atau menggilir dan melaksanakan keadilannya, kemudian beliau berdoa:"Ya Allah! Inilah giliranku yang mampu aku lakukan. Maka janganlah Engkau siksa aku berhubung sesuatu yang Engkau mampu laksanakan tetapi aku tidak mampu melaksanakan." (Riwayat Ashabussunan)


Yakni sesuatu yang tidak mampu dikuasai oleh hati manusia dan sesuatu kecenderungan kepada salah satu isterinya.
Nabi sendiri kalau hendak bepergian, ia mengadakan undian. Siapa mendapat bahgiannya, dialah yang nanti akan diajak pergi oleh Nabi
Beliau bersikap demikian demi menjaga perasaan dan tercapainya persetujuan oleh semuanya.


Halal dan Haram dalam Islam
Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi

Friday, February 11, 2011

TATOO...CANTIK.....




 Tatoo, Kikir Gigi dan Operasi Kecantikan Hukumnya Haram

Mentatoo badan dan mengikir gigi adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w., seperti tersebut dalam hadisnya:
"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya." (Riwayat Thabarani)
Tatoo, yaitu memberi tanda pada muka dan kedua tangan dengan warna biru dalam bentuk ukiran. Sebagian orang-orang Arab, khususnya kaum perempuan, mentatoo sebagian besar badannya. Bahkan sementara pengikut-pengikut agama membuatnya tatoo dalam bentuk persembahan dan lambang-lambang agama mereka, misalnya orang-orang Kristen melukis salib di tangan dan dada mereka.


Perbuatan-perbuatan yang rusak ini dilakukan dengan menyiksa dan menyakiti badan, yaitu dengan menusuk-nusukkan jarum pada badan orang yang ditatoo itu.Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatoo ataupun orang yang minta ditatoo.Dan yang disebut mengikir gigi, yaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Kerana itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir.


Kalau ada laki-laki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat.
Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, yaitu menjarangkan gigi. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam hadisnya:
"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang disebut al-Falaj, yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di celah-celah gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan dalam berhias yang samasekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya.


Dari hadis-hadis yang telah kita sebutkan di atas, maka kita dapat mengetahui tentang hukum operasi kecantikan seperti yang terkenal sekarang kerana perputaran kebudayaan badan dan syahwat, yakni kebudayaan Barat materialistis, sehingga banyak sekali perempuan dan laki-laki yang mengorbankan wangnya beratus bahkan beribu-ribu untuk mengubah bentuk hidung, payudara atau yang lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, kerana di dalamnya terkandung penyiksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat show dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti; lebih mementingkan jasmani daripada rohani.


Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya akan dapat menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging lebih yang dapat menimbulkan sakit secara perasaan ataupun secara kejiwaan kalau daging lebih itu dibiarkan, maka waktu itu tidak berdosa orang untuk berubat selama untuk tujuan demi menghilangkan penyakit yang bersarang dan mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran.
Barangkali yang memperkuat permasalahan tersebut di atas, yaitu tentang hadis "dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya cantik" seperti tersebut di atas. Dari hadis itu pula dapat difahamkan, bahwa yang tercela itu ialah perempuan yang mengerjakan hal tersebut semata-mata untuk tujuan keindahan dan kecantikan yang dusta. Tetapi kalau hal tersebut dilakukan dengan tujuan untuk menghilangkan penyakit atau bahaya yang mengancam, maka sedikitpun tidak ada halangan. Wallahu a'lam!


Halal dan Haram dalam Islam
Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi

MENYUSAHKAN ISTERI.........

Seorang suami tidak boleh menyusahkan dan berbuat yang tidak baik dalam pergaulannya dengan isteri, dengan maksud supaya isterinya itu mau menebus dirinya; yaitu dengan mengembalikan semua atau sebagian harta yang pernah diberikan kepadanya, selama si isteri itu tidak berbuat jahat.Dalam hal ini Allah telah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آثُواْ النِّسَاءمَنُواْ لاَ يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَرِ كَرْهاً وَلاَ تَعْضُلُوهُنَّ لِتَذْهَبُواْ بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوهُنَّ إِلاَّ أَن يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَيَجْعَلَ اللّهُ فِيهِ خَيْراً كَثِيراً   
Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata . Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.(An-Nisa:19)

Kalau pihak suami yang tidak suka itu ingin supaya bercerai kerana ada hasrat dengan orang lain, maka dia dilarang mengambil sesuatu dari isterinya. Sebagaimana firman Allah:

وَإِنْ أَرَدتُّمُ اسْتِبْدَالَ زَوْجٍ مَّكَانَ زَوْجٍ وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنطَاراً فَلاَ تَأْخُذُواْ مِنْهُ شَيْئاً أَتَأْخُذُونَهُ بُهْتَاناً وَإِثْماً مُّبِيناً   
 Dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain , sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali dari padanya barang sedikitpun. Apakah kamu akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan (menanggung) dosa yang nyata ?(An-Nisa:20)


وَكَيْفَ تَأْخُذُونَهُ وَقَدْ أَفْضَى بَعْضُكُمْ إِلَى بَعْضٍ وَأَخَذْنَ مِنكُم مِّيثَاقاً غَلِيظاً   
 Bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, padahal sebagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami-isteri. Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.(An-Nisa:21)

Wassalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik untuk tabung blog ini.....terimakasih