"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumu'ah 62:8)
Semua perkara yang kita
lihat di sekeliling kita, kawan-kawan kita, saudara-mara, dan semua benda hidup
di dunia ini akan pasti suatu hari nanti mati, sebagaimana berjuta-juta manusia
yang hidup sebelum kita. Fakta ini dinyatakan di dalam ayat al-Qur'an yang
berbunyi,
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan".(Al-Anbiyaa' 21:35)
Melupai kepastian ini menandakan kurangnya kesedaran. Manusia tidak dapat lari daripada maut dan pastinya akan mati kerana sebab-sebab tertentu pada satu masa dan tempat yang tidak diketahuinya.
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan".(Al-Anbiyaa' 21:35)
Melupai kepastian ini menandakan kurangnya kesedaran. Manusia tidak dapat lari daripada maut dan pastinya akan mati kerana sebab-sebab tertentu pada satu masa dan tempat yang tidak diketahuinya.
Ingatlah, kecantikan,
glamor, status, harta benda atau usia muda tidak dapat menghalang kematian
seseorang. Walaupun ramai manusia sedar akan realiti ini, mereka cuba mengelak
daripada memikirkan hal kematian dan cuba melupakan perkara ini. Tetapi,
hanyalah penipuan terhadap diri sendiri. Oleh sebab itulah, Rasulullaah (sollalahualaihiwassalam)
juga mengingatkan orang-orang beriman supaya “selalu ingatkan mati” (Tirmidhi).
Samada kita memikirkan perkara yang tidak dapat dielakkan ini atau tidak, maut
pastinya datang kepada kita:
"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"(Qaaf 50:19)
Baris-baris ini mesti
mengingatkan kita betapa dekatnya kematian itu. Namun, cuba fikirkan perkara
ini dengan lebih mendalam; siapa tahu, mungkin maut datang menemui kita sebelum
kita sempat untuk menghabiskan bacaan ini. Oleh itu, ingatlah, kematian adalah
sangat dekat dengan kita sebagaimana ia dekat dengan semua orang.
Bertentangan dengan persepi umum,
maut bukanlah peringkat terakhir kepada turutan peristiwa. Apabila tibanya
masa, Allah akan menghantar malaikat kepada mereka yang telah ditakdirkan mati
pada masa berkenaan dan mengambil roh orang itu secara tiba-tiba, pada masa
yang tidak dijangka. Ia mungkin terjadi tepat pada saat ini, sebelum kita
sempat bangun daripada kerusi kita, malaikat maut akan muncul di hadapan kita
secara tiba-tiba. Kita mungkin dikelilingi oleh kawan-kawan atau ahli keluarga,
tetapi mereka tidak dapat merubah kemungkinan ini; mereka tidak boleh dengan
apa cara sekali pun menghalang kita daripada maut. Oleh itu, jangan sesekali
lupa, setiap roh akan diambil oleh Malaikat Maut yang diutuskan oleh Allah untuk
melakukan tugas itu dan akan kembali kepada Allah.
Namun, idea yang kita akan mati
bila-bila masa sahaja mungkin sukar untuk difahami. Memikirkan perkara-perkara
yang masih perlu dicapai membuatkan kita terasa terlalu awal untuk kita
meninggal dunia. Kenyataan sebenarnya ialah, hanya Allah yang menentukan masa
kematian. Tidak seminit bertambah atau berkurang seseorang itu boleh hidup
selain daripada masa yang telah ditetapkan kepadanya. Maut menemui roh
seseorang pada masa terbaik yang telah ditentukan dalam takdirnya:
"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan". (Al-Munaafiquun 63:11)
Pernahkah kita terfikir apa yang
dialami oleh badan kita semasa mati?
Tidak kira sama ada kita cantik
atau kaya, badan kita yang kaku akan terbaring di dalam bilik atau di bilik
mayat. Dibaluti dengan kain kafan, badan kita akan diletakkan di dalam keranda
yang sempit. Kereta jenazah akan membawa badan kita ke tanah perkuburan di mana
mayat kita akan ditempatkan di dalam liang lahad. Tanah akan menutupi kita.
Badan kita, yang tinggal tulang dan daging akan mula reput dan menjadi busuk.
Akhirnya, tiada apa yang tinggal kecuali tulang-tulang. Jangan sesekali lupa
bahawa kita akan menemui hari itu, akhirnya badan kita akan keseorangan di bawah
tanah.
Mayat yang kaku adalah
objek yang kita perlu mengambil pelajaran. Mayat sukar untuk dibiarkan walaupun
untuk beberapa minit. Pernahkah kita terfikir kenapa tubuh manusia yang mampu
mempertahankan kekuatannya untuk jangka hayat seumur hidup menjadi sangat lemah
selepas meninggal? Ini adalah sesuatu yang perlu kita fikir-fikirkan kerana
mengingati tubuh kita yang akan reput – dan tubuh-tubuh orang yang kita sayangi
– akan membantu kita untuk tidak lupa kepada hari akhirat dan tidak terikat
dengan dunia ini.
Walau bagaimanapun, majoriti
manusia terlalu taksub dengan aktiviti-aktiviti harian yang kurang penting dan
melupakan hari yang tidak dapat dielakkan ini. Namun, ini ialah kesilapan yang
pasti; kegagalan mereka untuk mempersiapkan diri untuk hari akhirat akhirnya
akan membawa mereka kepada hukaman yang selama-lamanya. Oleh itu, sentiasa
beringat bahawa maut pasti menemui kita pada suatu hari nanti, maka kita
perlulah berusaha dengan gigih untuk melakukan amal kebaikan supaya mendapat
keredhaan Allah. Tuhan kita, Yang Maha Berkuasa dan Maha Adil, memberikan kita
masa yang cukup kepada setiap orang untuk untuk mengambil langkah-langkah berjaga
terhadap amaran-Nya. Jangka masa ini, walau bagaimanapun hanya terbatas kepada
kehidupan didunia sahaja. Oleh itu, seseorang hanya boleh bertaubat dengan
ikhlas untuk segala kesalahannya di dalam dunia ini sahaja. Sebaik sahaja maut
datang, tidak akan ada lagi peluang untuk memperbaiki kesalahannya. Sebaliknya,
dia akan berasa menyesal untuk selama-lamanya:
"Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan". (Faatir 35:37)
Jangan lupa yang kematian
bukanlah titik noktah; seperti sesetengah pendapat. Kematian bukan bermakna
semuanya sudah sampai ke penghujung. Bukan juga tidur yang lena selama-lamanya
seperti yang dianggap. Kematian adalah permulaan ke arah realiti dan keabadian
hidup; kehidupan ini adalah bergantung kepada cara seseorang membawa diri
masing-masing ketika di dunia dan ia sama sekali tidak akan berubah selepas
maut datang kepadanya. Kematian ialah pintu kepada kegembiraan dan keselamatan,
jika seseorang itu menggunakan masanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Untuk
mereka yang berpaling daripada Allah, walau bagaimanapun, ia menjadi permulaan
kepada azab yang berkekalan.
Di dunia ini, Allah meletakkan
pelbagai kejadian untuk manusia alami supaya ia menjadi peringatan kepada maut
dan hari kiamat. Mereka yang cenderung untuk mengambil peringatan, ia akan
membuatkan mereka merenung dengan lebih serius tentang kehidupan mereka dan
akan mempertimbangkan semula pandangan mereka tentang kehidupan ini. Walau
bagaimanapun, mereka yang mengabaikan peringatan ini, berada dalam kerugian
yang besar. Jangan sesekali lupa bahawa mereka yang telah meninggal dunia tidak
pernah menjangkakan kematian mereka, sama seperti kita yang masih hidup
sekarang, dan maut mungkin akan datang kepada kita pada sesuatu masa yang tidak
dijangkakan, seperti semasa kita makan malam atau membuat rancangan untuk hari
minggu.
Jadi, jangan sesekali
lupa untuk bekerja untuk kehidupan kita di akhirat, sebelum ajal menemui kita
dimana pada masa itu kita sudah tiada peluang untuk melakukan amalan baik.
Di dalam Quran, Allah menyatakan
bahawa maut bukanlah sesuatu yang boleh ditunda-tunda dan Dia menceritakan
penyesalan yang mendalam yang dialami oleh mereka yang telah ditakdirkan
meninggal dunia:
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh . Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan". (Al-Munaafiquun 63:10-11)
Nice blog :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
Buatlah hari esok lebih baik dari sekarang !
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...