kelab jutawan

NUFNNANG

NAMA BLOGGERS

Wednesday, August 29, 2012

JANGAN SEKALIPUN LUPA TENTANG KEWUJUDAN SYAITAN YANG SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMESONGKAN KITA.


"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!.Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?"    (Yaa Siin 36:60-62)

Ingatlah bahawa kita mempunyai musuh yang bertujuan untuk membawa kita jauh daripada Allah, agama-Nya dan Al-Qur'an. Dia tidak pernah berputus asa daripada rancanganya walaupun sedetik; sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya. Dia boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya.  Dan dia mencuba pelbagai cara untuk memerangkap kita. Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi. Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang. Taktik yang digunakan juga bergantung kepada masa, tempat dan situasi. Musuh kita yang dimaksudkan ialah syaitan, makhluk yang dihalau daripada pandangan Allah.
Berlawanan daripada apa yang majoriti manusia fikir, syaitan bukanlah makhluk khayalan. Sebahagian daripada ujian d iatas muka bumi ini, seeorang itu perlu berjaga-jaga daripada syaitan. Ini kerana, selepas menderhaka kepada Allah, syaitan bersumpah untuk menyesatkan hamba-hamba Allah. Kedegilan syaitan ini dinyatakan didalam al-Qur'an sabagai berikut:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina.Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;" (Al-A'raaf 7:11-18

Sebagaimana yang dijelas dalam ayat diatas, syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Dia akan terus menyesatkan kita dengan cara membangkitkan nafsu kita. Walau bagaimanapun, perkara yang penting yang perlu kita faham disini, sebagaimana yang dinyatakan pada ayat diatas, matlamat utama syaitan ialah untuk mempengaruhi kita dan umat manusia yang lain mengikutnya. Syaitan yang terkutuk tidak akan berputus asa sehingga kita memasuki neraka. Oleh itu, ingatlah, kita semua perlu berhati-hati dengan syaitan dan tidak mengikut godaannya.

Perkara penting untuk diingati: Syaitan tidak mempunyai kuasa bebas tanpa Allah. Dia diciptakan oleh Allah dan dia berada dibawah kuasa Allah sepenuhnya. Dia juga ialah hamba Allah dan hanya boleh melakukan sesuatu dengan keizinan daripada Allah. Dia ditugaskan untuk membezakan manusia yang benar-benar beriman daripada mereka yang tidak beriman. Dia hanya boleh bertindak dengan izin Allah. Apabila masa yang diberikan kepadanya tamat, dia akan dihumban ke dalam neraka bersama mereka yang disesatkanya.

" Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya ". (Saad 38:85)


Oleh itu, ingatlah bahawa syaitan sebenarnya tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang beriman. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat berikutnya, dia hanya mempunyai kuasa ke atas mereka yang tidak beriman dengan ikhlas dan sebenarnya.

"Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". (Al-Hijr 15:39-40)

Syaitan tidak boleh menyesatkan manusia yang beriman kepada Allah. Memang benar, orang-orang yang beriman juga cenderung melakukan kesalahan, tetapi, mereka tidak pernah putus asa daripada mengharapkan rahmat daripada Allah, dan secepat mungkin meminta perlindungan kepada Allah dan bertaubat dengan seikhlasnya. Kita diberitahu di dalam al-Qur'an tentang mereka yang boleh disesatkan oleh syaitan:

"Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah." (Al-Nahl 16:99-100)

Ingatlah, syaitan hendak kita menjadi angkuh, sombong dan derhaka kepada Allah seperti dirinya. Dia mengarahkan kita berbuat jahat, melakukan sesuatu yang dimurkai Allah dan berkata sesuatu tentang Allah tanpa ilmu. Dia cuba menghalang kita daripada memahami kebesaran dan kekuasaan Allah yang sebenarnya. Allah menerangkan tentang bahaya ini didalam al-Qur'an seperti berikut:

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya)." (Al-Baqarah 2:168-169)

Usaha utamanya ialah untuk menakutkan manusia dengan kemiskinan, iaitu matlamat yang boleh dicapai sekiranya dia boleh membuatkan manusia lupa tentang hari kiamat. Tidak sedar bahawa semuanya di bawah kawalan Allah, dan tiada siapa yang boleh menghalang sebarang kebaikan yang Allah kehendaki, orang-orang ini hidup tanpa sebarang perasaan bertanggungjawab dan mereka melakukan segala kesalahan kepada Allah.

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya." (Al-Baqarah 2:268)

Taktik utama syaitan ialah melalui tipu daya. Allah menerangkan tentang tipu daya ini 

"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,(An-Naas 114:4-5)

 Sebagaimana diterangkan oleh ayat ini, syaitan mendekati manusia secara senyap-senyap, melalaikan manusia dengan perkara remeh dan tidak penting dan menampakkan kesalahan yang dilakukan seolah-olah baik kepada mereka:

"Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan." (Al-An'aam 6:43)

Lebih penting lagi, mereka yang mempunyai hati yang keras dan berasa dirinya berada di dalam kebenaran, walaupun sebenarnya mereka telah terpesong, membawa diri mereka jauh daripada Al-Qur'an. Dengan membelakangi Allah, mereke lebih rapat dengan syaitan, mengikuti caranya, dan menjadi semakin biadab. Allah mengingatkan manusia:

"Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat." (Al-A'raaf 7:175)
Ingatlah bahawa syaitan akan menggunakan cara yang berbeza untuk manusia yang berbeza dan dia akan mensasarkan kelemahan kita untuk menyesatkan kita.

Sepanjang zaman, syaitan mendekati seseorang dengan taktik yang berbeza. Dia memastikan mereka yang telah jauh daripada agama supaya lebih jauh daripada agama dengan membuatkan mereka terpesona dengan kehidupan dunia. Dia membuatkan mereka lupa tentang akhirat dan oleh itu, dia berjaya menjauhkan mereka daripada agama sepanjang masa.

Dalam masa yang sama, dia tidak mengabaikan orang-orang beriman. Untuk menghalang orang-orang beriman daripada beribadat kepada Allah dengan ikhlas, dia berusaha supaya mereka berhenti daripada melakukan perbuatan yang disukai Allah. Dia berusaha mengurangkan kualiti (ibadah itu). Dengan menyembunyikan kebenaran tentang kejahatan mereka, dia memperdayakan mukmin dengan menundukkan mereka kepada sifat angkuh, pentingkan diri sendiri, lupa, cuai, bongkak dan panas baran.

Untuk melalaikan mereka, syaitan mendorong mereka membuat pelan jangka panjang di mana ia akan membuatkan minda mereka sibuk. Dia berusaha untuk menghalang minda mereka daripada mengingati Allah. Untuk tujuan ini, dia membuatkan manusia sibuk dengan masalah harian, atau memberikan pelbagai alasan kepada mereae atas kecuaian mereka mengingati Allah.

Mukmin yang patuh kepada Allah, yang mengingati-Nya siang dan malam, yang sentiasa sedar bahawa semua yang berlaku adalah di bawah kawalan-Nya, dan yang kembali kepada Allah dengan ikhlas, adalah kurang terdedah dengan pengaruh syaitan. Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam), “Apabila sekumpulan manusia berkumpul untuk mengingati Allaah, rahmat (Allah) menyelubungi mereka, dan ketenangan akan turun kepada mereka”. Sedar akan hal ini, syaitan berusaha untuk membuatkan manusia lalai daripada mengingati Allah. Sesungguhnya, dia mempunyai pengaruh tertentu ke atas mereka yang tidak takutkan Allah:


        "Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi." (Al-Mujaadalah 58:19

Jangan sesekali lupa bahawa syaitan yang menimbulkan kebencian dan permusuhan antara manusia. Sejak dahulu lagi, “provokasi syaitan” mendasari semua perang, konflik, pertikaian dan penipuan. Provokasi syaitan terhadap manusia telah dinyatakan didalam ayat berikut:

"Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh?" (Maryam 19:83)

Orang-orang yang tidak beriman adalah manusia yang telah mengambil syaitan sebagai kawan mereka dan mereka mengikut caranya. Dengan cara pemikiran seperti itu, kepatuhan kepada syaitan dan kebencian dan permusuhan yang mereka ada di antara manusia tidak akan dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, syaitan juga berusaha untuk membangkitkan kebencian di kalangan orang yang beriman. Dalam melakukannya, dia cuba untuk melemahkan niat orang-orang yang beriman dan menghalang mereka daripada mematuhi Allah. Allah telah memberi amaran kepada hamba-Nya daripada bahaya ini dan menunjukkan mereka cara untuk mengatasinya:

"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia." (Al-Israa' 17:53)

Jangan sesekali lupa bahawa setiap detik, syaitan akan cuba dengan senyap-senyap untuk memperdayakan kita. Bertentangan dengan persepsi umum, syaitan bukanlah makhluk yang sekejap ada, sekejap tiada, tetapi dia mengikuti kita kebmana sahaja kita pergi atau apa sahaja yang kita lakukan. Dia begitu tekun berusaha selama mana dia hidup.

Seseorang yang lupa tentang kewujudan syaitan cenderung untuk terpedaya dengan godaannya. Oleh itu, dia akan mudah tertipu dengan mempercayai bahawa godaan itu adalah fikirannya sendiri. Dia mungkin akan gagal untuk memahami bahawa suara hatinya itu adalah bisikan syaitan. Walau bagaimanapun, orang yang benar-benar beriman telah diberikan kebijaksanaan dan pandangan untuk membezakan bisikan syaitan dengan suara hati mereka. Allah telah memberitahu mereka bagaimana untuk melindungi diri mereka daripada bisikan dan hasutan syaitan.

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)." (Al-A'raaf 7:200-201)

Jangan sesekali lupa yang syaitan akan berusaha untuk membuatkan kita lupa kebenaran yang kita perlu sentiasa ingat. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, salah satu cara yang efektif yang selalu digunakan syaitan untuk menyesatkan manusia ialah dengan membuatkan mereka “lupa”.Strategi utama syaitan ialah untuk membuatkan manusia lupa tentang tanggungjawab mereka kepada Allah. Dia berusaha untuk menyekat manusia daripada melakukan amalan baik dengan membuatkan kita lupa bahawa Allah yang menguasai kita daripada segala sudut dan kita adalah subjek terhadap takdir-Nya dan kita akan mati dan perlu bertanggungjawab terhadap semua perbuatan kita di hadapan Allah nanti.

Syaitan tidak mahu manusia bersyukur kepada Allah. Oleh sebab itu, dia berusaha untuk membuatkan mereka lupa bahawa semua benda di sekeliling kita ialah nikmat daripada Allah. Dengan membuatkan kita terpesona dengan kehidupan dunia dan lupa tentang kehidupan akhirat, dia berusaha untuk memperdaya manusia. Dia bekerja keras untuk melupakan manusia bahawa terdapat hikmah terhadap semua yang berlaku terutamanya sesuatu yang tidak diduga. Realiti takdir dan meletakkan kepercayaan kita sepenuhnya kepada Allah adalah faktor-faktor utama yang dia mahu manusia lupa.

Di dalam al-Qur'an, Allah menarik perhatian kita beberapa kali kepada kenyataan bahawa dengan bisikan syaitan yang berulang-ulang kali, dia mampu untuk mempengaruhi fikiran manusia dan dengan demikian membuat mereka lupa:

"Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu)."(Al-An'aam 6:68)

“....dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan"(Al-Kahfi 18:63)

"Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggallah Yusuf dalam penjara beberapa tahun." (Yusuf 12:42)

Sebalik semua perbuatan syaitan, jangan sesekali lupa bahawa dia ialah makhluk yang berada sepenuhnya di bawah kuasa Allah dan dia tidak mempunyai kuasa mutlak terhadap hamba-hamba Allah.

Walau bagaimanapun, syaitan diciptakan oleh Allah. Oleh itu, secara sukarela atau tidak, dia perlu tunduk kepada Allah. Dia hanya mampu bertindak dengan keizinan daripada Allah. Sekiranya Allah tidak mengkehendakinya, dia tidak mampu melakukan sebarang perkara. Tidak kira apa yang syaitan lakukan, dia hanya mampu menyesatkan orang yang tidak beriman. Sebaliknya, usaha mereka terhadap orang-orang yang beriman hanya akan menguatkan lagi iman mereka:

"(Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran.Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus." (Al-Hajj 22:53-54)
Allah telah menyatakan kepada kita bahawa syaitan sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kuasa. Hanya orang-orang yang tidak beriman yang boleh diperdayakannya. Kenyataan ini dijelaskan di dalam al-Quran:

"Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya).Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu." (Saba' 34:20-21)

Sebaliknya, orang-orang beriman tidak mengendahkan godaan syaitan tetapi dengan cepat memohon perlindungan Allah sebagaimana yang diarahkan di dalam al-Qur'an:

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Fussilat 41:36)

Mereka sedar bahawa kegagalan untuk berlindung kepada Allah, yang mana mereka dapat menghalang perbuatan syaitan, boleh membuatkan mereka lemah terhadap godaan-godaannya. Ini ialah cara syaitan menjadi sahabat kepada pengikut-pengikutnya dan membawa mereka jauh daripada Allah dan menginngati-Nya.

"Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." (Az-Zukhruf 43:36)
Daripada kenyataan di atas, ia jelas bahawa tiada alasan untuk manusia yang beriman untuk mempedulikan godaan syaitan. Tanpa sebarang keraguan, mereka perlu berhati-hati dengannya. Tetapi dalam masa yang sama, Allah juga memberi khabar gembira terhadap satu perkara yang penting:

"Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka)." (Al-Israa' 17:65)
Jangan sesekali lupa bahawa syaitan sangat licik; dia akan meninggalkan pengikut-pengikutnya pada Hari Kiamat. Pada saat-saat terakhir kehidupan kita di muka bumi ini, syaitan akan membiarkan pengikut-pengikutnya sambil memberitahu mereka bahawa dia telah memperdayakan mereka. Perkara ini dinyatakan di dalam al-Qur'an seperti berikut:



"Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya." (Ibrahim 14:22)

Pengikut-pengikut syaitan yang licik ini akan menyedari kesalahan mereka pada Hari Kiamat. Mereka akan berasa keperitan kerana tidak bertanggungjawab terhadap Allah sepanjang kehidupan mereka dan tidak mengikut jalan-Nya. Walau bagaimanapun ia sudah terlambat untuk menebus segala kesalahan mereka:

"Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?. Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)". (Al-Furqaan 25:27-29)
Jangan sekalipun lupa yang tempat kembali orang-orang yang tidak beriman di dunia adalah neraka.

"Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".(Az-Zukhruf 43:38)

Pada hari itu, manusia akan akhirnya sedar bahawa syaitan ialah musuh mereka yang nyata. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan diatas, ia sudah terlambat dan kesedaran mereka tentang perkara itu tidak akan menyelamatkan mereka daripada hukuman neraka yang kekal. Syaitan dan pengikut-pengikutnya akan pasti dipanggil untuk bertanggung jawab atas segala perbuatan yang mereka lakukan:

"Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam." (Maryam 19:68)
"Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka." (Faatir 35:6)

Seterusnya, jangan sesekali lupa bahawa kita mempunyai musuh yang mahu kita menderita kesakitan, kesusahan, dan juga merasai hukuman api neraka yang abadi. Dia memerhatikan kita  setiap masa, termasuklah sekarang, sedang kita membaca  ini. Ingatlah, sekiranya kita beriman kepada Allah dengan sebenarnya, maka kita perlu memohon perlindungan Allah daripada bisikan dan godaan yang jahat. 

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik untuk tabung blog ini.....terimakasih