Tuesday, March 22, 2011

Hikmah Menyedari Kebenaran adalah Kenikmatan Orang Bertakwa

Hikmah Menyedari Kebenaran adalah Kenikmatan Orang Bertakwa.
     "Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah), Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)! (Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?".(Al-Mursalaat: 47-50)
     Allah Swt. mengaburkan pemahaman orang-orang kafir. Orang-orang ini, betapa pun cerdas otak mereka, tidak dapat memahami perinsip-perinsip agama yang sangat jelas kerana sudah menolak kebenaran sejak awal. Orang-orang seperti itu, bahkan tidak menyedari keadaan mereka. Misalnya, mereka menganggap bahawa mereka adalah sumber kekuasaan dan kekayaan, lalu menjadi sombong.
     Sesungguhnya, anggapan dan sikap seperti ini menunjukkan bahawa ia tidak memiliki hikmah kerana jika memiliki hikmah, ia akan menyedari bahawa tidak ada suatu pun yang berkuasa, kecuali kehendak Allah.
     Hikmah adalah sifat istemewa yang di miliki orang-orang yamg beriman. Sebahagian besar manusia menganggap bahawa kecerdasan otak dan hikmah itu memiliki makna yang sama. Padahal, kecerdasan otak adalah kemampuan fikiran yang dimiliki oleh setiap orang. Misalnya, menjadi seorang ilmuan ahli atom atau bijak dibidang matematik menunjukkan kecerdasan otak.
     Semantara itu, hikmah adalah hasil dari ketakwaan seseorang kepada Allah dan digunakannya hati nurani, sama sekali tidak ada hubungannya dengan kecerdasan otak. Kebiasaan saja seseorang sangat cerdas otaknya, tetapi ia tidak akan menjadi orang bijak selagi ia tidak bertakwa kepada Allah.
     Oleh kerana itu, hikmah adalah rahmat dari Allah yang di kurniakan kepada orang-orang beriman. Allah mengeruniakan pemahaman kepada orang-orang beriman melalui keimanan mereka. Jika mereka merasa semakin dekat dengan Allah, pemahaman mereka pun meningkat dan mereka menjadi lebih memahami rahsia-rahsia ciptaan Allah.
     Hanya orang-orang beriman yang bertakwa kepada Allah yang memiliki pemahaman seperti ini sehingga mereka tidak tertipu oleh kehidupan dunia. Mereka menghabiskan hidup mereka dengan memahami hakikat segala sesuatu.

1 comment:

  1. Salam Bro.... Gua bagi tip sikit kat lu bagaimana nak naikkan ranking blog di TRO. Lu buat pautan kat TRO, TRO1,TRO2 dan ikut perkembangan blog-blog di malaysia melalui TRO. Kalu Lu tak faham lu tanya gua.

    ReplyDelete