BILA TAMAK ......JADILAH HINA...... Sesungguhnya tidak akan berkembang-biak segala cabang-cabang dan ranting-ranting kehinaan itu, melainkan kerana terdapatnya benih-benih tamak dalam diri seseorang hamba.
Tiada kenderaan, inginkan kenderaan biarpun sekadar yang buruk;
Sudah dapat yang buruk, inginkan pula yang baru;
Sudah dapat yang baru, inginkan pula yang "ada class"
Sudah dapat kerja yang pendapatannya cukup untuk menyara anak isteri, inginkan pula jawatan lain yang lebih tinggi dan baik;
Sudah dapat jawatan yang tinggi, teringin pula menjadi orang nombor satu;
Bagi pekerja biasa pula, tidak cukup dengan masa biasa, ditambah lagi dengan "kerja lebih masa" atau buat "part time" di tempat-tempat lain, sehingga sanggup tidak tidur malam tetapi sanggup meninggalkan kuliah agama atau terus sahaja tidak sembahyang.
Demikianlah beberapa contoh sekadar menunjukkan bagaimana sifat tamak itu membenihkan dan menumbuhkan sifat-sifat dan tindak-tanduk yang hina. Yang jelasnya dengan sifat Tamak itu, seorang hamba yang asalnya mulia, akan jadi hina. Yang sedar diri akan jadi lupa diri. Mereka jadi hina dan lupa daratan kerana tidak bersifat;
sebagai seorang yang Qanaah(memadai dengan apa yang ada)
sebagai seorang hamba yang yakin kepada Allah ;
sebagai seorang yang percaya dengan kadar dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala;
sebagai seorang yang tidak ragu-ragu pada janji-janji dan keterangan Allah Taala
berterima kasih dengan Allah dalam setiap hal
bersyukur dengan kadar nikmat anugerah Allah
sebagai seorang yang reda dengan Qada' dan QadarNya
Dengan initiada jadi tamak itu melainkan daripada wahamkeranamakna waham itu ialah syak dan ragu-ragu dengan Qada' dan Qadar Allah serta Kasih Sayang Allah terhadap hamba-hambaNya. Bila telah sah dan sabit seseorang itu dihinggapi penyakit Tamak ini, maka akan tumbuh dan berkembang-biaklah sifat-sifat kehinaan yang keji dan tercela seperti;
dan berbagai-bagai lagi sifat-sifat yang hina lagi keji.
Hina dan kejinya sifat-sifat ini kerana ia dikaitkan dengan sifat-sifat yang layak pada h**w**n dan iblis. Tamak itu dipinjamkan(ditentukan maksudnya) dengan makna benih yang menjadi asal atau punca. Manakala kehinaan itu ialah sebagai cabang-cabang dan ranting-ranting kepada Tamak. Maka barangsiapa tamak ia, nescaya hina ia atas sekadar tamaknya kerana bahawasanya tamak dalam sesuatu itu hanya sesungguhnya jadi ia daripada kasihnya(kecenderungan). Inimembawa maksud barangsiapa tamakkan sesuatu, nescaya hinalah kedudukannya di sisi agama dan Allah. Kadar hinanya dan jahatnya pula bergantung kepada kadar ketamakkan yang ada padanya;
Tamakkan rezeki yang ada pada tangan orang lain menjadikan dia seorang yang bersifat dengan dengki dan khianat.
Tamakkan pujian dan penghargaan dari makhluk di atas sesuatu amal atau kebajikan yang dikerjakan, menjadikan ia seorang yang suka berlagak, bermuka-muka dan riya'.
Tamakkkan kasih dan sayang dari seorang perempuan/lelaki, menjadikan ia seorang yang sanggup menggadai maruah diri dan agama demi kerana memuaskan nafsu cintanya.
Tamaknya seorang ahli korporat yang ingin meluaskan dan memonopolikan rangkaian perniagaan, menjadikan ia seorang yang kapitalistik, individualistik yang sanggup melihat orang lain susah asalkan ia senang.
Tamaknya seorang pemimpin yang ingin mengekalkan kuasanya, akan menjadikan ia seorang yang kejam seumpama seorang diktator atau Fir'aun yang sanggup membunuh musuh-musuh politiknya.
Tamaknya seorang ulama/Tok Guru yang ingin mendapatkan ramai murid dan pengikut, menjadikan mereka seorang yang hina kerana suka mengumpat-umpat dan mengatakan kelemahahan dan keburukan ulama-ulama lain.
Tamaknya seorang murid yang ingin mendapatkan perhatian yang lebih dari guru, menjadikan ia seorang yang hina dengan sifat mementingkan diri sendiri.
Pendek kata, Tamaknya seseorang itu kepada sesuatu itu terjadi dan berkembang kerana adanya keinginan dan kasihnya ia kepada "sesuatu". Dengan itu,barangsiapa kasih akan sesuatu, maka jadilah ia akan hamba sesuatu.
Kasih akan harta, maka jadilah merekahamba kepada harta
Kasih akan pujian dan sanjungan manusia, maka jadilah merekahamba kepada manusia,
Kasih akan perempuan atau lelaki yang dicintai sehingga sanggup melakukanmaksiat, maka jadilah merekahamba kepada lelaki atau perempuan itu.
Kasih kepada pangkat dan kuasa, maka jadilah mereka hamba kepada pangkat dan kuasa.
Demikianlah contoh-contoh kerendahan hemah dan kehinaan seorang manusia yang kasihkan sesuatu sehingga sanggup menghambakan dirinya kepada apa yang diingininya sebagaimana maksud : Dan hinalah baginya dengan sekadar kasihnya dalam dalamnya Jika kita perhatikan keadaan kehidupan manusia di sekeliling kita hari ini, maka nampak jelaslah pada kita betapa ramainya manusia-manusia di alaf baru ini, memburu dan mencari tuhan-tuhan lain, menyembah tuhan-tuhan lain, sedangkan sewaktu-waktu mereka dakwakan bahawa mereka adalahorang Islam yangtulen. Sungguh keliru dan mengelirukan!!!.
WAKTU...WAKTU...WAKTU...? Seorang yang sibuk dengan kerja akan mengatakan 'tunggulah sehingga pekerjaan saya beres nanti' atau 'tunggulah apabila saya pencen nanti' atau seorang pelajar yang sedang mengejar cita-citanya akan membisikkan "nantilah apabila cita-citaku ini tercapai" atau seorang yang punya anak ramai akan berkata 'tunggulah bila anak-anak sudah besar nanti' akan saya buat banyak-banyak amal dan ibadat nanti. Ini adalah contoh-contoh mereka yang suka menunda ke suatu waktu yang lain untuk beribadat pada Allah. Fahaman dan pandangan ini adalah salah dan di anggap 'kurang ajar" kerana seorang "hamba' yang taat dan patuh tidak akan punya alasan untuk berhujah dengan "tuannya" tentang tugasan yang diarahkan oleh "tuannya". Bahkan kita dikehendaki melaksanakan setiap amalan dan ibadat setiap masa dan ketika mengikut hukum-hukumnya. Lebih-lebih lagi amalan yang fardu serta yang Sunat Mu'akad(yang sangat-sangat dituntut). Setiap solat fardu yang difardukan wajiblah dikerjakan segera mengikut kadar waktunya, begitu juga dengan puasa, zakat dan ibadat haji serta ibadat-ibadat lainnya. Demikian juga dengan amalan batin yang bersifat kerohanian. Kita juga dituntut untuk melaksanakan hak-hak hukum waktu yang menjadi kemestian sebagai seorang hamba. Antara hak-hak hukum waktu yang perlu dilaksanakan ialah:
Waktu Taat wajib kita pandang amalan ibadat yang mampu dilakukan itu adalah kurnia dari Allah
Waktu Nikmat wajib kita sukur pada anugerah Allah
Waktu Bala wajib kita bersabar dengan ujian dan QadaNya.
Waktu Maksiat wajib kita segera bertaubat
Ini menunjukkan bahawa dalam setiap saat kita tidak akan lari dari salah satu daripada tuntutan hukum waktu tersebut. Bukan semestinya dalam waktu kita senang atau sihat sahaja. Sekiranya kita menunda waktu solat zohor hari ini kepada zohor esok hari, maka waktu zohor hari ini telah luput dan tidak akan dapat diganti lagi. Begitu juga apabila kita melakukan maksiat (zahir batin)...hukum pada waktu tersebut meminta supaya kita bertaubat. Melengahkan waktu bertaubat dan meninggalkan solat zohor tadi telah meluputkan hak yang pertama. Maka apabila kita menilik-nilik untuk mengabaikan sesuatu kewajiban pada waktu itu, dengan sendirinya telah hilanglah hukumnya dan telah lalailah kita daripada melaksanakan hak hukum waktu tersebut. Ini adalah salah satu bentuk kelalaian dan penderhakaan kepada Allah yang jarang dapat ditanggapi oleh kebanyakan manusia. Bayangkan lah jika menundakan saat pertama kepada saat kedua sudah dianggap salah dan berdosa....apa pula jika menunda-nunda dari
waktu muda kepada waktu tua
waktu sibuk kepada waktu senang
waktu uzur kepada waktu sihat
waktu susah kepada waktu kaya
waktu usaha kepada tercapai cita-cita dunia
.....tentulah bertimbun-timbun dosa dan kesalahan kita dalam menjaga dan memelihara hak hukum waktu ini.
Kehancuran Penentang Muhammad saw. "Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan; Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; Celakalah kaum yang menggali parit, (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat)."(Al-Buruuj: 1-10) Allah adalah Penolong dan Pelindung Rasulullah saw. dan seluruh kaum beriman. Allah selalu menolong Rasulullah saw. menghilangkan kesusahan-kesusahan beliau, membuka jalan bagi beliau, menguatkan beliau, baik secara fizikal ataupun secara spiritual, dan membantu beliau dengan kaum beriman lainnya. Kepada musuh-musuh beliau, Allah menutupi pemahaman mereka, mengurangi kekuatan mereka, mengagalkan rancangan mereka, dan kemudian mencegah mereka melakukan tindakan-tindakan berbahaya terhadap Rasulullah saw. Allah mengambarkan Dirinya dalam Al-Qur'an sebagai penolong Rasulullah saw. : "Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."(Al-Taubah: 40) Seperti di nyatakan dalam ayat tersebut, Allah selalu mendampingi Rasulullah saw. Allah-lah yang Maha Membantu Rasulullah saw. Ketika tiada orang dekat dengan beliau, Allah biasanya mengirimkan orang lain atau para malaikat untuk membantu Rasulullah saw. Para penyangangkal yang dangkal dan sempit pemikirannya tidak mampu menandingi kekuatan Allah dan kebanaran hakiki. Allah pun menganghancurkan segala rencana mereka, dan dengan ajaibnya , membuat mereka melawan kaumnya sendiri.