Saturday, March 12, 2011

Kekufuran................ Menerima Pemberian ALLAH.

Kekufuran Orang-Orang Musyrik  Menerima Pemberian ALLAH.

     Di antara sikap jahiliah dan tidak beriman kepada Allah adalah tidak menyukuri kurinaan yang telah di anugerahkan Allah kepadanya. Bahkan, ketika mendapat nikmat yang tidak sesuai dengan keinginannya, ia sama sekali tidak menunjukkan rasa berterima kasih kepada Yang Maha Pengasih.
   Padahal Allah-lah yang mencipta sesuatu dengan tujuan tertentu. Setiap anugerah hiduo, keimanan, makanan, kesihatan, sepasang mata dan telinga kita merupakan anugerah kepada manusia agar bersyukur kepada-Nya.
      "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."(Al-Nahl : 18)


     Rasa bersyukur merupakan ibadah dan juga cara melindungi kita dari "penyimpangan". Tidak bersyukur bererti melangkah menuju kerosakan dan kejahatan, melupakan kelemahan-kelemahan, dan menjadi takbur ketika mereka semakin kaya dan berkuasa. Menujukkan rasa bersyukur kita kepada Allah bererti melindungi diri dari "kerosakan". Mereka yang menunjukkan rasa syukurnya kepada Allah disertai ilmu bahawa semua yang dicapai adalah pemberian Allah, bererti mereka mengetahui bahawasanya mereka bertanggung jawab menggunakan semua rahmat ini di jalan Allah dan seperti kehendak-Nya. Itulah rasa bersyukur kepada Allah yang didasari kerendahan hati dan kedewasaan para Rasul. Seperti Nabi Daud a.s atau Nabi Sulaiman a.s yang kepadanya diberikan harta dan kedudukan. Sebenarnya peristiwa Qarun yang ingkar disebabkan harta adalah kerana ia tidak bersyukur kepada Allah.


     Bersyukur tidak mesti selalu tunjukan dengan kata-kata. Yang jestru harus dilakukan adalah menggunakan setiap anugerah di jalan yang di sukai Allah. Sebagai tahap awal, tubuh yang dianugerahkan kepada kita, harus kita kita pergunakan untuk kita berjuang kerana-Nya. Al-Qur'an pun memberitahukan bagaimana cara menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah, yaitu dengan menyebut semua anugerah-Nya, dengan menyampaikan "pesan"-Nya kepada semua..

5 comments:

  1. betul2 manusia tidak reti bersyukur dengan apa yang dimiliki. bersyukurlah tanda menerima rezeki dan ketentuaan allah. good articel

    ReplyDelete
  2. mengingatkan pada diri ini supaya tidak lalai....

    ReplyDelete
  3. jom amik awrd..
    http://hitamitumisteri.blogspot.com/2011/03/award-untuk-korang-sila-amikhaha.html

    ReplyDelete
  4. Assalam Tuan. Mohon linkkan blog Panglima7 di dalam blog tuan. Semoga Tuan dicucuri Rahmat oleh Allah SWT. aaminn.

    ReplyDelete
  5. Assalam Tuan Aree, Blog tuan telah Panglima linkkan under Blog Sahabat3. Salam Perjuangan.

    ReplyDelete