NAMA BLOGGERS

Friday, April 15, 2011

Golongan Pencari Kebenaran dan Pengikut Taklid

Golongan Pencari Kebenaran dan Pengikut Taklid*
     "Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar)."(An-An'aam: 111)
     Dalam Al-Qur'an, Allah menyebutkan tentang mereka yang berfikir secara sedar, kemudian merenung dan pada akhirnya   sampai kepada kebenaran dan menjadikan mereka takut kepada Allah. Sebaliknya, Allah juga menyatakan bahawa orang-orang yang mengikuti para pendahulu mereka secara taklid buta, ataupun mengikut kebiasaan, berada dalam kekeliruan.
     Ketika di tanya, para pengekor itu akan menjawab bahawa mereka adalah orang-orang yang menjalankan agama dan beriman kepada Allah. Tetapi kerana tidak berfikir, mereka sekadar melakukan ibadah dan aktiviti hidup tanpa disertai rasa takut kepada Allah. Mentaliti golongan ini digambarkan dalam Al-Qur'an:
     "Tanyakanlah (wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?.Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?.  
Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?.Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?. Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!. Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". Katakanlah: "Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?.(Bukanlah sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan yang benar, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta."(Al-Mu'minuun: 84-90)


*Definisi ilmu menurut ulama adalah : Sesuatu yang kamu perdalami dan kamu fahami, dan setiap orang yang mendalami sesuatu dan memahaminya maka sesungguhnya dia mengetahui. Atas dasar ini, maka orang yang tidak mendalami sesuatu, lalu ia mengatakannya kerana taklid, maka dia tidak mengetahuinya. Sedangkan taklid menurut ulama adalah bukan ittiba’ (mengikuti). Sebab ittiba’ adalah bila kamu mengikuti orang yang berpendapat tentang sesuatu yang telah kamu ketahui kesahihan (kebenaran) pendapatnya. Sedangkan taklid adalah bila kamu mengatakan pendapat seseorang dan kamu tidak mengetahui arah dan erti pendapat tersebut.

1 comment:

Aqilah Kamarudin said...

that's right :) nice entry :)

.