NAMA BLOGGERS

Monday, July 4, 2011

Ancaman untuk Pengingkar Hari Akhir..

Ancaman untuk Pengingkar Hari Akhir..
     "Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu".(Qaaf-: 45)
     Allah Mahakuasa dan Dilah yang menciptakan segala makhluk. Dia menciptakan manusia dari setitis mani. Dia menciptakan sesuatu dari tiada. Maka dari itu, tidak dapat di ragukan bahawa Allah berkuasa menciptakan kembali semuanya dengan cara serupa.
     Dalam Al-Qur'an, Allah menjawab pertanyaan diatas saat mencela orang-orang kafir yang tidak mempercayai hari Kebangkitan:
     "Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhan mereka, lalu Allah berfirman: "Bukankah hari kiamat ini suatu perkara yang benar? Mereka menjawab: "Benar, demi Tuhan kami!" Allah berfirman lagi: "Oleh itu, rasalah azab seksa neraka dengan sebab kamu telah kufur ingkar"(Al-An'aam: 30)
     "Balasan mereka yang sedemikian, ialah kerana mereka kufur ingkarkan ayat-ayat Kami, dan mereka berkata: "Adakah sesudah Kami menjadi tulang dan benda yang reput, adakah Kami akan dibangkitkan semula dalam kejadian yang baharu? Tidakkah mereka mahu memikirkan dan meyakini bahawa Allah yang menciptakan langit dan bumi, berkuasa menciptakan orang orang yang seperti mereka (dalam bentuk yang baharu), padahal Ia telahpun menentukan bagi mereka tempoh yang tidak ada syak padanya.? Dalam pada itu, orang orang yang zalim enggan menerima melainkan kekufuran."(Al-Is'raa: 98-99)
     "Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah."(Al-Jaathiyah: 27)
     "Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa)."(Al-Insaan: 27)

1 comment:

Panglima7 said...

Assalam aree, Kunjungan balas dari Panglima. Entry yg sungguh menarik bro.

.