NAMA BLOGGERS

Tuesday, October 11, 2011

Pandangan Mereka yang Beriman Terhadap Kematian

Pandangan Mereka yang Beriman Terhadap Kematian
     "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."(A-li'Imraan: 186)
     Kematian akan menjemput setiap manusia yang ada di dalam dunia ini pada waktu yang telah di tetapkan  sesuai dengan ayat:
      "Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)."(An- 'Ankabuut: 57)
      Tidak sesuatu pun yang dimiliki manusia , tidak harta, wang, kedudukan, kemegahan, mahupun rupa yang elok dapat menolak kematian. kematian adalah hukum Allah , tidak seorang pun dapat lari dari kenyataan Mutlak  dan tak tercegah ini. Sebagaimana ayat:
     "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?"(An-Nisaa': 78)
     Ini mengingatkan kita bahawa tidak pernah ada seseorang pun yang berhasil melarikan diri dari kematian.
Kenyataan ini adalah bagi mereka yang beriman menerima ini adalah perkhabaran, pemahaman tentang kematian. Sekali mengerti kepastian dan kedekatan kematian, mereka mengerti mereka perlu bersiap demi kehidupan setelah kematian. Menakuti kematian segera yang akan menjemput sebelum sempat meraih kemuliaan ahlak yang diminta Allah dari para hambaNya dan memperoleh ridaNya, mereka memeluk agama Allah dengan ketulusan dan girah yang besar. Mereka tidak membazirkan waktu dalam mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat ridaNya, sebab mereka menyedari  mereka dapat menemui kematian bila-bila masa saja. Doa mereka yang beriman dalam Al-qur'an:
     ".........(Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)."(Al-A'raaf: 126)
     ".......... Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh."(Yusuf:101)
     Mereka yang beriman menerima kematian dengan kepasarahan penuh, sebab itulah hukum Allah. Di atas segalanya, mereka memandangnya sebagai gerbang untuk mencapainya ke syurga. Sementara itu mereka tidak pernah melupakan bahawa mereka harus berjuang keras untuk menghindari hukuman neraka dan memperolehi rida Allah. Mukmin terus menerus merasakan ketakutan dan harapan hingga menemui kematian. Mereka mengharapkan syurga kerana beriman. Sama seperti itu, mereka menakuti neraka kerana tidak pernah mendapati diri ini boleh berdiri dengan sendiri. Ketakutan mereka atas pembalasan jahat, perilaku baik yang mereka perlihatkandan ganjaran baik yang mereka peroleh dikatakan dalam Al-Qur'an;
     "Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu; Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu."(Ar-Ra'd: 20-24)
     
     

No comments:

.