NAMA BLOGGERS

Monday, February 21, 2011

DARI KERANA MATA......

gambar hiasan


Assalamulaikum...
 Jika kita ni terlalu berlebihan-lebihan melihat sesuatu ia akan membuatkan kita sering menimbulkan angan-angan yang indah yang membuatkan kenangan yang sukar hendak dilupakan, yang akhirnya merosakkan hati manusia.
Diantara akibat yang yang disebabkan oleh pandangan itu;

Rasulullah SAW bersabda:
"Pandangan adalah salah satu anak panah yang dimiliki iblis; Maka barang sesiapa yang memejamkan pandangannya kerana ALLAH, maka DIA akan memberi manisnya iman dalam hatinya, sampai pada hari yang ia menghadap kepadaNYA." (HR: Ahmad.).

Pandangan mayta juga akan membuatkan masuknya syaitan ke lubuk hati, sebab syaitan lebih cepat dan dapat langsung menembusi dinding hati melalui pandangan, secepat kilat atau cahaya. Ia bersemayam dalam kalbu untuk memberi corak tersendiri dari kesan yang ditangkapnya. Kemudian syaitan itu menjanjikan bermacam khayalan indah yang mempesonakannya, serta menyalakan api syahwat yang bahan bakarnya adalah kemaksiatan.

Pandangan mata dapat menyibukan hati, melenakan dalam buaian mimpi yang indah-indah, lupa terhadap pekara-pekara yang menjadi kemaksiatannya. Lalu ia akan berbuat melampaui batas, sehingga hilanglah akal sihatnya dan rasmilah ia menjadi pengabadi hawa nafsunya;
Firman ALLAH yang bermaksud:
"Janganlah kamu mengikut orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kamu, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Al-Kahfi : 28)

Menurut orang-orang yang bijaksana(hukama) berkata, "Diantara mata dan hati ada jalan tembus sebagai penghubung. Maka apabila mata telah rosak dan hancur, maka rosaklah hati dan akhirnya ia sebagai tempat sampah untuk segala macamkotoran dan benda-benda najis lainnya. Maka mustahil bagi hati yang keadaannya sudah sedemikian rosak ini sebagai tempat bersemayamnya makrifatullah, rasa ingin bertaubat, rasa tenang dan damai bila dekat dengan ALLAH."

Melepaskan pandangan yang bebas adalah merupakan suatu perbuatan maksiat kepada ALLAH SWT. Sebagaimana firman ALLAH yang maksudnya:
"Katakanlah kepada orang-orang Mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih baik suci bagi,mereka, sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbut." (An-Nur : 30)

Melepaskan pandangan(pada kemaksiatan) juga akan menyebabkan hati diselimuti oleh kegelapan, dan terlepas dari Nur Illahi, akibatnya hati ini tidak dapat membezakan antara yang hak dan batil, perbuatan sunah dan yang bidaah. Sedangkan menahan pandangan kerana ALLAH SWT akan menjadikannya mendapat firasat kebenaran untuk membezakan sesuatu.

Seorang Solihin mengatakan:
"Barangsiapa yang memakmurkan lahiriahnya dengan mengikuti sunah, dan batinnya dengan muraqabah(menjaga diri untuk tidak membuat haram), menahan pandangan matanya dari pekara-pekara haram, mencegah dirinya dari pekara-pekara syubhat dan memakan makanan yang halal, serta memandang pandangan lahiriahnya dari larangan-larangan ALLAH, maka ALLAH akan memancarkan cahaya bagi pandangan mata batinnya.

Wassalam...

No comments:

.