NAMA BLOGGERS

Thursday, March 31, 2011

Kaum Kafir Tidak Dapat Mengelak dari Kekalahan.

Kaum Kafir Tidak Dapat Mengelak dari Kekalahan.
     "(Kebinasaan mereka) yang demikian ialah kerana mereka sentiasa didatangi Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (hukum-hukum dan mukjizat) yang jelas nyata, maka mereka kufur ingkar, lalu Allah menyeksa mereka, sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat lagi Maha berat azab seksaNya."(Ghaafir: 22).
     Keyakinan, ketakwakalan, dan ketaatan Rasulullah saw. kepada Allah terlihat dalam setiap perkataan dan perbuatan beliau. Meski dalam keadaan sulit sekali pun, Rasulullah saw. percaya bahawa Allah akan membantu beliau. Beliau selalu yakin bahawa di mana pun adanya, kaum beriman akan meraih kemenangan dan kaum kafir akan terkalahkan. Rasulullah saw. menyatakan dalam hadis berikut, "Apapun yang telah ditentukan kepadamu pasti akan terlaksana dan kamu tidak dapat melarikan diri darinya".
     Selain peringatan tersebut, Allah juga memperingatkan, kaum kafir akan hari Akhir, Allah berfirman:
     "Dan mereka berkata: "Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baharu?. Katakanlah (wahai Muhammad):" Jadilah kamu batu atau besi, Atau lain-lain makhluk yang terlintas di hati kamu sukar hidupnya, (maka Allah berkuasa menghidupkannya)!" Mereka pula akan bertanya: "Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula?" Katakanlah: "Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya!" Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek: Bila berlakunya?" Katakanlah: "Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!"(Al-Israa: 49-51)
     Hal ini kerana mereka menyangkal akan adanya hari Akhir. Allah juga memperingatkan kaum kafir akan neraka,
     "Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! "(Al-Hajj: 72).

No comments:

.