NAMA BLOGGERS

Wednesday, March 16, 2011

Dunia Moden: Cara Halus Menyesatkan Manusia

Dunia Moden...Cara halus Menyesatkan Manusia


     "Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan."(Luqman: 6)
     Orang-orang Jahiliah menganggap kemerosotan adalah sebuah cara hidup moden. Pada saat yang sama, mereka takut di permalukan jika tidak menunjukkan seseorang cara yang moden. Mereka pun seboleh mungkin mengajak banyak orang berpandangan yang sama.
     Gambaran ini dengan jelas mencemuh nilai-nilai moral seperti kejujuran. Seorang yang mengembalikan wang yang di temui di tepi jalan kepada pemiliknya akan di ketawakan.
      Dalam situasi seperti ini, perilaku Jahiliah adalah tidak mengembalikan wang itu. Padahal, contoh ini hanya mencerminkan satu aspek dari pemahaman masyarakat Jahiliah tentang nilai-nilai moral. Kepalsuan dan dusta dianggap normal. Seseorang boleh saja melakukan mencuri kerana dia menganggap perbuatan itu tidak ada salahnya. Demikian pula, seseorang dapat berbohong bila-bila saja dia mahu.
     Dalam sistem ini orang lain tidak berhak untuk merasa keberatan kerana mereka sendiri juga berhak untuk berbuat dengan bebas sesuai dengan nilai-nilai moral yang dianutnya sendiri-sendiri.

2 comments:

NuRuLiZzATi kHaLiD said...

dunia sekarang, macam2 dengan pengaruh..dah nak berakhir~

aree said...

kita sebagai hamba ni hendaklah sentiasa ingat mengingati...

.