NAMA BLOGGERS

Tuesday, March 1, 2011

SIFAT-SIFAT YANG BURUK....

Assalamulaikum..
  Segala sifat-sifat buruk yang ada dalam diri seseorang itu telah dijelaskan dalam Al-Quran. Adakah kita ini mempunyai sikap-sikap yang begini............?
1. Suka Mengeluh:
   " Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut)." (Al-Ma'aarij-19 )
2.  Lemah :
    Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah." (An- Nisaa': 28) 
3. Zalim dan Ingkar:
     "Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya." (Ibrahim: 34)
4. Membantah:
    "Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya." (Al-Khafi: 54) 
5. Melampaui Batas:
   " Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya." (Al-'Alaq:6-7)
6. Ingin terus berbuat keburukan:
   " (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat)." (Al-Qiaamah: 5)
7. Bersikap tergesa-gesa:
    "Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru." (Al-Israa' : 11)
       Itulah diantara sifat-sifat buruk yang dilibatkan secara langsung oleh Al-Quran kepada manusia.
Wassalam...

2 comments:

Fatahiyah Zainal said...

manusia xterlepas dai melakukan kesilapan,oleh itu sentiasalah perbaiki diri...senyum sokmo =)

aree said...

bagi memperingati diri sendiri..

.