NAMA BLOGGERS

Tuesday, October 25, 2011

Allah Mengurniakan Pemahaman Kepada Orang-Orang Bertakwa

Allah Mengurniakan Pemahaman Kepada Orang-Orang Bertakwa
     Dalam Al-Qur'an adalah Allah memberikan kemampuan kepada orang-orang yang beriman, kemampuan untuk membezakan antara yang benar dan yang salah. Hal ini disebut sebagai "hikmah". Allah menceritakan dalam :
     "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar."(Al-Anfaal: 29).
     Sebagaimana telah dijelaskan ,Allah mengaburkan pemahaman orang-orang kafir. Orang-orang ini, betapa pun cerdasnya otak mereka, tidak dapat memahami perinsip-perinsip agama yang sangat jelas. Hikmah adalah sifat istimewa yang dimiliki orang-orang beriman. Sebahagian besar manusia menganggap bahawa kecerdasan otak dan hikmah itu memiliki makna yang sama. Kecerdasan otak adalah kemampuan pikiran yang dimiliki oleh setiap orang. Misalnya, menjadi seorang ilmuan ahli atom atau genius di bidang matematik menunjukkan kecerdasan otak. Akan tetapi hikmah adalah hasil dari ketakwaan seseorang kepada Allah dan digunakannya hati nurani, sama sekali tidak ada hubungannya dengan kecerdasan otak. Bisa saja seseorang sangat cerdas otaknya, tetapi tidak akan menjadi orang bijak  selagi ia tidak bertakwa kepada Allah.
     Dengan demikian, hikmah adalah rahmat dari Allah yang di kurniakan kepada orang-orang beriman. Orang-orang yang di jauhkan dari pemahaman seperti ini, bahkan tidak menyedari keadaan mereka. Misalnya, orang-orang yang menganggap bahawa mereka adalah sumber kekuasaan dan kekayaan., lalu menjadi sombong. Sesungguhnya anggapan dan sikap seperti ini menunjukkan bahawa ia tidak memiliki hikmah. Kerana jika ia memiliki hikmah, ia akan menyedari bahawa tidak ada sesuatu pun yang berkuasa kecuali Kehendak Allah. Kesedaran ini pada akhirnya akan menghasilkan sikap yang rendah hati. Namun, orang seperti ini tidak berfikir bahawa jika Allah Menghendaki,semua kekayaannya dapat di musnah dalam waktu sekejap, atau bahawa dia dapat menghadapi kematian, dan semua yang ia miliki  ia tinggalkan di dunia, dan ia akan berada di neraka untuk menerima balasannya. semua ini lebih pasti dan lebih nyata daripada apa yang di miliki seseorang di dunia. Hanya orang-orang beriman yang bertakwa kepada Allah yang memiliki pemahaman seperti ini, sehingga mereka tidak tertipu oleh kehidupan dunia. Mereka menghabiskan hidup mereka dengan memahami hakikat segala sesuatu. Allah mengurniakan pemahaman kepada orang-orang beriman melalui keimanan mereka. Jika mereka merasa semakin dekat kepada Allah, pemahaman mereka pun meningkat dan mereka menjadi lebih memahami rahsia-rahsia Allah.

Tuesday, October 11, 2011

Pandangan Mereka yang Beriman Terhadap Kematian

Pandangan Mereka yang Beriman Terhadap Kematian
     "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."(A-li'Imraan: 186)
     Kematian akan menjemput setiap manusia yang ada di dalam dunia ini pada waktu yang telah di tetapkan  sesuai dengan ayat:
      "Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)."(An- 'Ankabuut: 57)
      Tidak sesuatu pun yang dimiliki manusia , tidak harta, wang, kedudukan, kemegahan, mahupun rupa yang elok dapat menolak kematian. kematian adalah hukum Allah , tidak seorang pun dapat lari dari kenyataan Mutlak  dan tak tercegah ini. Sebagaimana ayat:
     "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?"(An-Nisaa': 78)
     Ini mengingatkan kita bahawa tidak pernah ada seseorang pun yang berhasil melarikan diri dari kematian.
Kenyataan ini adalah bagi mereka yang beriman menerima ini adalah perkhabaran, pemahaman tentang kematian. Sekali mengerti kepastian dan kedekatan kematian, mereka mengerti mereka perlu bersiap demi kehidupan setelah kematian. Menakuti kematian segera yang akan menjemput sebelum sempat meraih kemuliaan ahlak yang diminta Allah dari para hambaNya dan memperoleh ridaNya, mereka memeluk agama Allah dengan ketulusan dan girah yang besar. Mereka tidak membazirkan waktu dalam mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat ridaNya, sebab mereka menyedari  mereka dapat menemui kematian bila-bila masa saja. Doa mereka yang beriman dalam Al-qur'an:
     ".........(Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)."(Al-A'raaf: 126)
     ".......... Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh."(Yusuf:101)
     Mereka yang beriman menerima kematian dengan kepasarahan penuh, sebab itulah hukum Allah. Di atas segalanya, mereka memandangnya sebagai gerbang untuk mencapainya ke syurga. Sementara itu mereka tidak pernah melupakan bahawa mereka harus berjuang keras untuk menghindari hukuman neraka dan memperolehi rida Allah. Mukmin terus menerus merasakan ketakutan dan harapan hingga menemui kematian. Mereka mengharapkan syurga kerana beriman. Sama seperti itu, mereka menakuti neraka kerana tidak pernah mendapati diri ini boleh berdiri dengan sendiri. Ketakutan mereka atas pembalasan jahat, perilaku baik yang mereka perlihatkandan ganjaran baik yang mereka peroleh dikatakan dalam Al-Qur'an;
     "Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu; Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu."(Ar-Ra'd: 20-24)
     
     

.