NAMA BLOGGERS

Thursday, February 24, 2011

Sikap Terhadap Penyakit

Assalamulaikum...

   Seseorang yang sedar akan imannya akan bersabar dan menempatkan dirinya dalam kehendak ALLAH kerana dia menyedari bahawa cobaan dan sakit adalah ujian dari ALLAH seperti halnya kesejahteraan, kemakmuran, dan kemudahan.
    Selain bersabar, orang beriman juga menjalani perawatan yang diperlukan untuk membuatnya pulih kembali. Dia sedar menjalani perawatan dan meminum ubat yang disarankan untuk penyakitnya. Pada masa yang sama(sesuai dengan ajaran Al-Quran), dia berdoa dan terus-menerus agar ALLAH menolong dan menyembuhkannya. Dalam Al-Quran, ALLAH menjadikan Nabi Ayub a.s. sebagai contoh atas sikap iman ini,

"Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang".(Al-Anbiya : 83)

     Semua ubat yang diminum adalah saranan untuk menuju kesembuhan. Jika ALLAH menghendaki, Dia akan menjadikan perawatan tersebut adalah saranan penyembuhan, ALLAHlah yang mencipta saranan kesihatan yang digunakan dalam perubatan. Singkatnya, hanya ALLAH Yang menciptakan kesembuhan.

Wassalam...

     

No comments:

.