NAMA BLOGGERS

Thursday, June 23, 2011

Hukuman bagi Orang yang Menentang Hukum Al-Qur'an

Hukuman bagi Orang yang Menentang Hukum Al-Qur'an.
     "(Sekalipun demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini; dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya; Hingga apabila Kami timpakan azab kepada orang-orang yang mewah di antara mereka maka dengan serta-merta mereka menjerit-jerit meminta tolong"(Al-Mu'minuun:63-64)
     Dalam Al-Qur'an Allah berfirman bahawa Allah mengirimkan azab kepada bangsa-bangsa yang menentang agar mereka sedar ataupun mendapaykan balasan dari perbuatan mereka. Jika suatu masyarakat melakukan perbuatan yang tidak diredai Allah, merekan pun akan di kenai hukuman Allah dengan sebab tersebut. Atau Allah mungkin sedang menguji mereka dengan kesusahan dunia.
     Dengan memikirkan segala kemungkinan tersebut, seseorang akan takut kalau-kalau hal serupa juga akan menimpanya dan memohon keampunan Allah atas perbuatannya.
     Tidak seseorang atau sesuatu bangsa pun dapat menghindar dari bencana apa pun kecuali Allah berkehendak lain. Tidak peduli apakah bangsa tersebut termasuk yang paling kaya dan terkuat di dunia atau mendiami sebuah tempat yang bentuk muka buminya tidak menunjukan adanya kemungkinan terkena bencana tersebut. Allah berfirman tidak ada  satu bangsa pun yang mampu mencegah bencana yang menimpa mereka.
     

Monday, June 20, 2011

Menyedari Kebenaran Allah Swt. dan Menyedari Pertanggungjawaban kita di Hadapan-Nya

Menyedari Kebenaran Allah Swt. dan Menyedari Pertanggungjawaban kita di Hadapan-Nya.
    "Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina"(An-Nisaa':14)
     Seseorang yang tidak menyedari atau tidak peduli kebenaran ini jelas akan membahayakan masyarakat tempat dia berada. Misalnya, seseorang yang marah kerana sesuatu hal yang terjadi, akan sahaja bertindak dengan zalim dan menyakiti orang yang membuatnya marah itu tanpa fikir panjang. Tidak peduli apakah orang itu tidak mampu membela dirinya. Yang terpenting adalah merepaskan amarahnya. Sebaliknya orang yang mengetahui bahawa ia memiliki jiwa yang di anugerahkan kepadanya oleh Allah, ia mengunakkan akal dan nuraninya, ia akan mampu mengendalikan kemarahannya. Dia akan selalu biasa mengendalikan dirinya dan hati-hati. Orang seperti itu tidak akan berani berbuat hal sekecil apa pun yang dapat mengundang hukuman Allah. Jika ia membuat dosa, ia memohon keampunan dan memperbaikinya.
     Begini cara Allah mengingkatkan manusia yang mengira mereka bebas dari peringatan bahawa mereka telah di ciptakan dan dibangkitkan lagi selepas kematian;
     "Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan. Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati?".(Al-Qiaamah: 36-40)
     Ayat lainnya menyatakan bahawa manusia telah di ilhamkan untuk melakukan kejahatan dan kesalahan, mahupun untuk menjaga dirinya dari segala kecenderungan kepada kejahatan:
     "Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."(Asy-Syams: 7-10)
     Dengan demikian, penyebab utama dari kemerosotan akhlak manusia dan kejahatan yang mereka lakukan adalah kerana mereka tidak beriman kepada Allah, tidak berfikir bahawa mereka akan di pertanggungjawabkan perbuatan mereka kepada-Nya. Padahal, ada tujuan di balik penciptaan tersebut. Dalam sebuah ayat, hal ini diungkapkan sebagi tanggungjawab untuk menyembah Allah:
     "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."(Adz-Dzaariyaat: 56)
     Manusia di uji dalam kehidupan ini. Jika mereka gagal memenuhi tanggungjawabnya, mereka nanti harus mempertanggungjawabkan hal tersebut. Beberapa diantara tanggungjawab ini disebutkan dalam:
     "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar."(Al-Bayyinah: 5) 


   

Wednesday, June 15, 2011

Syurga Tidak Akan Terbuka Bagi......

Syurga Tidak Akan Terbuka Bagi Orang yang Mendustakan Ayat-Ayat Allah.
      Syurga adalah tempat kembali bagi mereka yang memperhatikan ayat-ayat Al-Qur'an, menaati perintah-perintah Allah dan hidup mencari ridha Allah Di dalamnya, mereka hidup kekal dan mendapatkan apa yang diinginkan.
       Di dalam syurga, manusia akan dapat dengan segera menikmati segala keindahan yang di sukainya, dan bila-bila pun bebas melakukan apa yang di inginkannya. Di syurga, terdapat segala sesuatu yang di kehendaki manusia, bahkan lebih dari itu. Pahala melimpah yang diterima orang-orang beriman,
     "(Mereka - yang bertaqwa - itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): "Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); dan kamu pula tidak akan berdukacita.  (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka):.  Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan. Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya. Dan (dikatakan lagi kepada mereka): "Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan".(Az-Zukhruf : 68-72)
       Sementara itu, keadaan mereka yang memperlakukan manusia dengan keangkauhan kerana berpaling dari Allah. Yakin setinggi-tingginya akan kemampuan diri sendiri, mereka tidak menghargai pendapat orang lain. Mereka bersikap keras dengan cara berfikir mereka sendiri, yang merupakan kecenderungan yang menyebabkan mereka terseret menjauh dari nilai-nilai Al-Qur'an.
       Lebih penting lagi, mereka gagal mengenali kelemahan diri di hadapan Allah akan di kirim ke neraka.
      "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya".(Al-A'raaf : 36)
       Di sisi lain, mereka yang beriman sempurna akan dibalas dengan syurga kerana menghindari sikap tercela seperti itu. -
       "Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Qasas: 83)
        Diungkapkan Allah dalam Al-Qur'an adalah bagaimana menyelamatkan diri dari bisikan syaitan. Ini merupakan masalah penting bagi orang-orang beriman yang takut pada Allah dan menginginkan syurga, kerana bisikan sayitan itu menyesatkan dan memalingkan manusia sibuk dengan perbuatan remeh dan sia-sia.
      

Tuesday, June 14, 2011

Bantahan Allah berupa Tertutupnya Pemahaman Kaum Musyrik

Bantahan Allah berupa Tertutupnya Pemahaman Kaum Musyrik
    "(Mereka menuduh Nabi Muhammad dengan yang bukan-bukan), bahkan mereka mengatakan: "(Muhammad) itu seorang penyair yang kami tunggu-tunggu saat kebinasaannya"(At-Tuur: 30)
     Allah menyatakan bahawa Dia akan menutupi hati dan pemahaman orang-orang yang dihinggapi perasaan takbur, iaitu orang yang tidak mahu berserah diri kepada Allah. Fakta bahawa mereka dapat memahami apa sahaja, kecuali  Al-Qur'an, ini menjelaskan bahawa Allah telah memalingkan mereka dari ayat-ayat-Nya, dan terhijab dari Al-Qur'an kerana tidak keiklahasan  mereka. Sebahagian ayat dari Al-Qur'an membicarakan masallah ini:
     "Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya"(Al-Khafi: 57)
     "Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu"(Al-An'aam: 25)
     "Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu. Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al- Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri"(Al-Israa': 45-46)
     Sebagaimana telah dijelaskan dalam ayat-ayat tersebut, mengapa orang-orang kafir tidak dapat memahami Al-Qur'an, rashianya adalah bahawa Allah telah menutupi pahaman mereka dan meletakan tutup di hati mereka kerana penolakan mereka. Ini merupakan keajiban besar yang menunjukkan kebesaran Allah, dan bahawa Dia adalah pemilik pikiran setiap orang.
     

Sunday, June 12, 2011

ASAL SEGALA MAKSIAT...

ASAL SEGALA MAKSIAT...
     Melalui  ini...kita akan dapat mengenalpasti akan punca dan asal daripada segala sifat-sifat buruk yang ada pada seseorang.  Jika diselidiki, memang banyaklah pelakuan maksiat dan kejahatan yang dilakukan oleh seorang hamba hasil daripada kuatnya desakan dan tarikan nafsu syahwat.
     Semasa makan,  hamba buat buat maksiat kerana mengikut nafsu dan selera mereka untuk bersedap-sedap dengan hidangan lauk-pauk yang lazat hinggakan melemahkan anggota dan hati untuk beribadat kepada Allah.
     Semasa tidur, seorang hamba juga buat maksiat kerana mengikut nafsu syahwatnya untuk tidur di atas tilam yang empuk sehinggakan susah untuk Qiyamullail dan mungkin tertakhir sembahyang subuh  hingga mata hari terbit.
     Semasa bercakap dan berbincang dengan kawan-kawan, seorang hamba banyak melakukan dosa dan maksiat kerana mengikut nafsunya yang suka bercakap mengenai sesuatu yang menyebabkan mereka banyak ketawa atau memperkatakan sesuatu perkara yang haram seperti mengumpat dan menghina orang lain.
     Semasa beribadat hamba banyak juga buat dosa dan maksiat  kerana mengikut telunjuk nafsu syahwat dan redha dengannya untuk;
  • mentakhirkannya tanpa kelulusan syarak
  • mencampurkannya dengan riya
  • menyemaikan benih-benih ujub
  • mengharapkan kemulian dan balasan
  • dipandang kita banyak buat ibadat berbanding orang lain
  • menagih sesuatu keistimewaan dari amalan atau wirid yang  dikerjakan
  • dan banyak lagi maksiat-maksiat sama ada yang zahir atau tersembunyi.
Semuanya adalah kerana redhanya hamba  dengan keinginannya yang jahat-jahat tetapi didatangkan dalam wajah yang  baik sehinggakan sesuatu yang
  • jahat dianggap baik
  • salah dianggap betul
  • menipu dianggap benar
  • kurang disangkakan sempurna
  • berlebih-lebihan dikatakan sekadar mencukupi
  • malas dikatakan rajin
  • fitnah dikatakan sebagai maklumat
  • bidaah dikatakan ikut sunnah
  • tergelincir dianggap berada pada landasan yang betul
  • dosa dianggap pahala
dan berbagai-bagai lagi dari sesuatu yang batil tetapi dianggap yang sebenar lantaran cenderungnya dan sebatinya hamba dengan sifat-sifat mazmumah yang tercela lagi merosakan.





Friday, June 10, 2011

BILA TAMAK ......JADILAH HINA......

BILA TAMAK ......JADILAH HINA......
     Sesungguhnya tidak akan berkembang-biak segala cabang-cabang dan ranting-ranting kehinaan itu,  melainkan kerana terdapatnya benih-benih tamak dalam diri seseorang hamba.
  • Tiada kenderaan,  inginkan kenderaan biarpun sekadar yang buruk;
  • Sudah dapat yang buruk,  inginkan pula yang baru;
  • Sudah dapat yang baru,  inginkan pula yang "ada class"
  • Sudah dapat kerja yang pendapatannya cukup untuk menyara anak isteri,  inginkan pula jawatan lain yang lebih tinggi dan baik;
  • Sudah dapat jawatan yang tinggi,  teringin pula menjadi orang nombor satu;
  • Bagi pekerja biasa pula,  tidak cukup dengan masa biasa,  ditambah lagi dengan "kerja lebih masa" atau buat "part time" di tempat-tempat lain,  sehingga sanggup tidak tidur malam tetapi sanggup meninggalkan kuliah agama atau terus sahaja tidak sembahyang.
     Demikianlah beberapa contoh sekadar menunjukkan bagaimana sifat tamak itu membenihkan dan menumbuhkan sifat-sifat dan tindak-tanduk yang hina.  Yang jelasnya dengan sifat Tamak itu,  seorang hamba yang asalnya mulia,  akan jadi hina.  Yang sedar diri akan jadi lupa diri.  Mereka jadi hina dan lupa daratan kerana tidak bersifat;
  • sebagai seorang yang Qanaah(memadai dengan apa yang ada)
  • sebagai seorang hamba yang yakin kepada Allah ;
  • sebagai seorang yang percaya dengan kadar dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala;
  • sebagai seorang yang tidak ragu-ragu pada janji-janji dan keterangan Allah Taala
  • berterima kasih dengan Allah dalam setiap hal
  • bersyukur dengan kadar nikmat anugerah Allah
  • sebagai seorang yang reda dengan Qada' dan QadarNya
Dengan ini tiada jadi tamak itu melainkan daripada waham kerana makna waham itu ialah syak dan ragu-ragu dengan Qada' dan Qadar Allah serta Kasih Sayang Allah terhadap hamba-hambaNya.
Bila telah sah dan sabit seseorang itu dihinggapi penyakit Tamak ini,  maka akan tumbuh dan berkembang-biaklah sifat-sifat kehinaan yang keji dan tercela seperti;
  • rakus,
  • hubbul dunia,
  • kasihkan pangkat,  kasihkan harta,  kasihkan kemuliaan,
  • dengki sesama manusia,
  • khianat sesama rakan dan saudara,
  • adu-domba,
  • fitnah kepada yang tidak berdosa,
  • bercakap bohong dan berbelit-belit,
  • zalim, pemarah,
  • kufur nikmat,
  • tidak redha,
  • suka menindas,
  • dan berbagai-bagai lagi sifat-sifat yang hina lagi keji.
     Hina dan kejinya sifat-sifat ini  kerana ia dikaitkan dengan sifat-sifat yang layak pada h**w**n dan iblis. Tamak itu dipinjamkan(ditentukan maksudnya) dengan makna benih yang menjadi asal atau punca. Manakala kehinaan itu ialah sebagai cabang-cabang dan ranting-ranting kepada Tamak.
     Maka barangsiapa tamak ia,  nescaya hina ia atas sekadar tamaknya kerana bahawasanya tamak dalam sesuatu itu hanya sesungguhnya jadi ia daripada kasihnya(kecenderungan). Ini membawa maksud barangsiapa tamakkan sesuatu,  nescaya hinalah kedudukannya di sisi agama dan Allah.  Kadar hinanya dan jahatnya pula bergantung kepada kadar ketamakkan yang ada padanya;
  • Tamakkan rezeki yang ada pada tangan orang lain menjadikan dia seorang yang bersifat dengan dengki dan khianat.
  • Tamakkan pujian dan penghargaan dari makhluk di atas sesuatu amal atau kebajikan yang dikerjakan,  menjadikan ia seorang yang suka berlagak,  bermuka-muka dan riya'.
  • Tamakkkan kasih dan sayang dari seorang perempuan/lelaki,  menjadikan ia seorang yang sanggup menggadai maruah diri dan agama demi kerana memuaskan nafsu cintanya.
  • Tamaknya seorang ahli korporat yang ingin meluaskan dan memonopolikan rangkaian perniagaan,  menjadikan ia seorang yang kapitalistik,  individualistik yang sanggup melihat orang lain susah asalkan ia senang.
  • Tamaknya seorang pemimpin yang ingin mengekalkan kuasanya,  akan menjadikan ia seorang yang kejam seumpama seorang diktator atau Fir'aun yang sanggup membunuh musuh-musuh politiknya.
  • Tamaknya seorang ulama/Tok Guru yang ingin mendapatkan ramai murid dan pengikut,  menjadikan mereka seorang yang hina kerana suka mengumpat-umpat dan mengatakan kelemahahan dan keburukan ulama-ulama lain.
  • Tamaknya seorang murid yang ingin mendapatkan perhatian yang lebih dari guru,  menjadikan ia seorang yang hina dengan sifat mementingkan diri sendiri.
     Pendek kata,  Tamaknya seseorang itu kepada sesuatu itu terjadi dan berkembang  kerana adanya keinginan dan kasihnya ia kepada "sesuatu".  Dengan itu, barangsiapa kasih akan sesuatu,  maka jadilah ia akan hamba sesuatu.
  • Kasih akan harta,  maka jadilah mereka hamba kepada harta
  • Kasih akan pujian dan sanjungan manusia,  maka jadilah mereka hamba kepada manusia,
  • Kasih akan perempuan atau lelaki yang dicintai sehingga sanggup melakukan maksiat,  maka jadilah mereka hamba kepada lelaki atau perempuan itu.
  • Kasih kepada pangkat dan kuasa,  maka jadilah mereka hamba kepada pangkat dan kuasa.
     Demikianlah contoh-contoh kerendahan hemah dan kehinaan seorang manusia yang kasihkan sesuatu sehingga sanggup menghambakan dirinya kepada apa yang diingininya sebagaimana maksud : Dan hinalah baginya dengan sekadar kasihnya dalam dalamnya
     Jika kita perhatikan keadaan kehidupan manusia di sekeliling kita hari ini,  maka nampak jelaslah pada kita betapa ramainya manusia-manusia di alaf baru ini,  memburu dan mencari tuhan-tuhan lain,   menyembah tuhan-tuhan lain,  sedangkan sewaktu-waktu mereka dakwakan bahawa mereka adalah orang Islam yang tulen.  Sungguh keliru dan mengelirukan!!!.



Thursday, June 9, 2011

WAKTU...WAKTU...WAKTU......?

 WAKTU...WAKTU...WAKTU...?
     Seorang yang sibuk dengan kerja akan mengatakan 'tunggulah sehingga pekerjaan saya beres nanti' atau 'tunggulah apabila saya pencen nanti' atau seorang pelajar yang sedang mengejar cita-citanya akan membisikkan "nantilah apabila cita-citaku ini tercapai" atau seorang yang punya anak ramai akan berkata 'tunggulah bila anak-anak sudah besar nanti' akan saya buat banyak-banyak amal dan ibadat nanti. Ini adalah contoh-contoh mereka yang suka menunda ke suatu waktu yang lain untuk beribadat pada Allah.
 Fahaman dan pandangan ini adalah salah dan di anggap 'kurang ajar" kerana seorang "hamba' yang taat dan patuh tidak akan punya alasan untuk berhujah dengan "tuannya" tentang tugasan yang diarahkan oleh "tuannya".
     Bahkan kita dikehendaki melaksanakan setiap amalan dan ibadat setiap masa dan ketika mengikut hukum-hukumnya. Lebih-lebih lagi amalan yang fardu serta yang Sunat Mu'akad(yang sangat-sangat dituntut). Setiap solat fardu yang difardukan wajiblah dikerjakan segera mengikut kadar waktunya, begitu juga dengan puasa, zakat dan ibadat haji serta ibadat-ibadat lainnya.
Demikian juga dengan amalan batin yang bersifat kerohanian. Kita juga dituntut untuk melaksanakan hak-hak hukum waktu yang menjadi kemestian sebagai seorang hamba. Antara hak-hak hukum waktu yang perlu dilaksanakan ialah:
  • Waktu Taat wajib kita pandang amalan ibadat yang mampu dilakukan itu adalah kurnia dari Allah
  • Waktu Nikmat wajib kita sukur pada anugerah Allah
  • Waktu Bala wajib kita bersabar dengan ujian dan QadaNya.
  • Waktu Maksiat wajib kita segera bertaubat
     Ini menunjukkan bahawa dalam setiap saat kita tidak akan lari dari salah satu daripada tuntutan hukum waktu tersebut. Bukan semestinya dalam waktu kita senang atau sihat sahaja.
     Sekiranya kita menunda waktu solat zohor hari ini kepada zohor esok hari, maka waktu zohor hari ini telah luput dan tidak akan dapat diganti lagi. Begitu juga apabila kita melakukan maksiat (zahir batin)...hukum pada waktu tersebut meminta supaya kita bertaubat. Melengahkan waktu bertaubat dan meninggalkan solat zohor tadi telah meluputkan hak yang pertama. Maka apabila kita menilik-nilik untuk mengabaikan sesuatu kewajiban pada waktu itu, dengan sendirinya telah hilanglah hukumnya dan telah lalailah kita daripada melaksanakan hak hukum waktu tersebut. Ini adalah salah satu bentuk kelalaian dan penderhakaan kepada Allah yang jarang dapat ditanggapi oleh kebanyakan manusia. Bayangkan lah jika menundakan saat pertama kepada saat kedua sudah dianggap salah dan berdosa....apa pula jika menunda-nunda dari
  • waktu muda kepada waktu tua
  • waktu sibuk kepada waktu senang
  • waktu uzur kepada waktu sihat
  • waktu susah kepada waktu kaya
  • waktu usaha kepada tercapai cita-cita dunia
.....tentulah bertimbun-timbun dosa dan kesalahan kita dalam menjaga dan memelihara hak hukum waktu ini. 

Tuesday, June 7, 2011

Kehancuran Penentang Muhammad saw.

Kehancuran Penentang Muhammad saw.
    "Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan; Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; Celakalah kaum yang menggali parit, (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat)."(Al-Buruuj: 1-10)
     Allah adalah Penolong dan Pelindung Rasulullah saw. dan seluruh kaum beriman. Allah selalu menolong Rasulullah saw. menghilangkan kesusahan-kesusahan beliau, membuka jalan bagi beliau, menguatkan beliau, baik secara fizikal ataupun secara spiritual, dan membantu beliau dengan kaum beriman lainnya. Kepada musuh-musuh beliau, Allah menutupi pemahaman mereka, mengurangi kekuatan mereka, mengagalkan rancangan mereka, dan kemudian mencegah mereka melakukan tindakan-tindakan  berbahaya terhadap Rasulullah saw. Allah mengambarkan Dirinya dalam Al-Qur'an sebagai penolong Rasulullah saw. :
     "Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."(Al-Taubah: 40)
     Seperti di nyatakan dalam ayat tersebut, Allah selalu mendampingi Rasulullah saw. Allah-lah yang Maha Membantu Rasulullah saw. Ketika tiada orang dekat dengan beliau, Allah biasanya mengirimkan orang lain atau para malaikat untuk membantu Rasulullah saw. 
     Para penyangangkal yang dangkal dan sempit pemikirannya tidak mampu menandingi kekuatan Allah dan kebanaran hakiki. Allah pun menganghancurkan segala rencana mereka, dan dengan ajaibnya , membuat mereka melawan kaumnya sendiri.
     
     

.