NAMA BLOGGERS

Sunday, April 13, 2014

ORANG YANG TIDAK BERIMAN IALAH NERAKA, TEMPAT HUKUMAN YANG ABADI.


JANGAN SEKALIPUN LUPA BAHAWA TEMPAT TINGGAL ORANG YANG TIDAK BERIMAN IALAH NERAKA, TEMPAT HUKUMAN YANG ABADI.

"...`.  Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".(As-Sajdah 32:13)

Neraka ialah tempat hukuman yang abadi kepada mereka yang mengingkari Allah, menghabiskan kehidupan mereka tanpa memikirkan Hari Kemudian. Kebenarannya ialah, dunia ini, yang mana mereka yang tidak percaya kepada Hari Kiamat terlalu taksub, akan lenyap tetapi neraka akan wujud selama-lamanya. Para “ahli neraka” akan tinggal didalamnya buat selama-lamanya. Sebagai hukuman, mereka tidak akan dapat lari daripadanya. Hukuman ini tidak sama dengan hukuman-hukuman lain:

"Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah."
(Al-Fajr 89:25)

"Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus). Ia terus-menerus membakar kulit manusia!" (Al-Muddaththir 74:27,28-29)

Sesetengah manusia berpegang kepada kepercayaan yang tidak berasas iaitu mereka akan masuk syurga selepas memasuki neraka untuk suatu jangka masa. Walau bagaimanapun, realiti yang mengerikan tentang neraka ialah, azab di dalam neraka tidak akan berhenti dan tiada cara untuk keluar darinya. Al-Qur'an menjelaskan bahawa ia suatu kesalahan yang serius untuk berpegang kepada kepercayaan itu:

"Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?" (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya." (Al-Baqarah 2:80-82)

"Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan , Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya." (An-Naba' 78:21-23)

Sekiranya tidak dikehendaki Allah, ia adalah mustahil untuk meninggalkan neraka. Apabila pesalah memasuki neraka, pintunya akan tertutup untuk selama-lamanya dan api akan menyelubunginya dari setiap sudut:

"Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).(Al-Balad 90:19-20)

Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam) juga bersabda bahawa tiada kematian bagi penghuni neraka:

Allah akan memasukkan penghuni syurga ke dalam syurga dan penghuni neraka ke dalam neraka. Selepas itu, pembuat pengumuman akan berdiri di antara mereka dan berkata: “Wahai penghuni syurga, tiada kematian buatmu, wahai penghuni neraka, tiada kematian buatmu. Engkau akan hidup kekal di dalamnya.” [Muslim]

Ingatlah, setiap individu yang menghabiskan masa yang terhad yang dianugerahkan kepadanya dengan cuai ketika di dunia akan mendapat neraka, di mana api akan menyelubunginya untuk selama-lamanya.

Ia sukar untuk memahami betapa pedihnya azab di dalam pintu yang tertutup rapat. Daripada ayat-ayat al-Qur'an, kita faham bahawa neraka ialah tertutup, riuh, suram dan tempat yang berasap. Neraka ialah destinasi terakhir, tempat azab di mana kepanasan menyelubungi setiap sel penghuni-penghuni dan di mana makanan dan minuman adalah menjijikan. Setiap saat di dalam neraka dipenuhi oleh keperitan yang tidak terduga. Penghuni-penghuni neraka akan melihat gambaran yang paling menakutkan dan mengerikan; mereka akan mendengar suara yang mengerikan dan menyedihkan, suara yang kuat, jeritan dan tangisan. Mereka akan menghidu bau yang sangat busuk, rasa yang sangat teruk dan tajam. Tubuh mereka akan kehangusan daripada kepala ke kaki.

Wajah penghuni-penghuni neraka akan dibaluti dengan api; air yang mendidih akan dicurahkan ke atas kepala mereka. Dan, mereka akan dicop pada sisi dan di belakang mereka. Tanpa rehat dan keringanan daripada hukuman, kesengsaraan akan berpanjangan buat selama-lamanya.

Api yang panas akan menyelubungi penghuni-penghuni neraka. Penerangan-penerangan di dalam al-Qur'an, memberi gambaran jelas betapa dahsyatnya azab yang dihadapai oleh ahli-ahli neraka;

"....... akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak," (Al-Hajj 22:19)

"Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka."  (Ibrahim 14:50)

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (An-Nisaa' 4:56

"Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu).(Al-Furqaan 25:13

Mereka akan berbaring di atas katil daripada api neraka yang dialas dengan linen daripada api.

Mereka akan menjerit dan merayu untuk dilepaskan, tetapi tidak akan berjaya; tiada sesiapa di sekeliling yang akan menjawab. Mereka akan meminta untuk diringankan hukaman, walaupun untuk sehari, tetapi permintaan mereka akan dijawab dengan penghinaan dan hukuman yang lebih menyeksakan.

Bunyi gemuruh daripada api adalah sangat kuat dan boleh didengar daripada jauh. Penghuni-penghuni neraka akan dicampakkan ke dalam amukan api

"Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya," (Al-Ma'aarij 70:15

"......Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang," (Al-Lail 92:14)

dan dibakar ketika mereka menjerit dan menangis.

Ingatlah bagaimana sakitnya apabila kita terbakar walaupun hanya di hujung jari. Jadi, jangan sesekali lupa untuk mengelakkan diri daripada kelakuan buruk yang boleh membawa kita memasuki tempat dimana hukuman daripada api yang sangat dahsyat.

Di dalam tempat tinggal yang kekal ini, manusia tentu sekali akan berasa lapar dan dahaga. Tetapi, sebagai balasan terhadap rasa tidak bersyukur dan perbuatan jahat mereka, mereka akan dibalas dengan 

"Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri," (Al-Ghaasyiyah 88:6)

 "Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
(Al-Muzzammil 73:13)

"Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman.Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -(An-Naba' 78:24-25)

"Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun."(Al-Ghaasyiyah 88:7)

Segala usaha mereka untuk melepaskan diri daripada neraka terbukti sia-sia; apabila mereka masuk ke dalamnya, di mana tiada jalan keluar. Melalui hukuman yang tidak terbendung, mereka akan menjerit  untuk kemusnahan diri mereka sendiri. Walau bagaimanapun, di dalam neraka, seseorang itu tidak akan mati atau hidup. Kematian akan mengelilingi mereka daripada semua sudut, tetapi mereka tidak akan mati.

"Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya), dan ia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat."(Ibrahim 14:17)

Ahli neraka hanya menderita kerana apa yang telah mereka lakukan. Tiada rahmat terhadap mereka atau keredaan daripada kesakitan mereka.
  
Api neraka tidak akan membunuh, tetapi akan menyebabkan kesakitan yang hebat. Menyedari penderitaan adalah untuk selama-lamanya, penghuni neraka akan sedar bertapa buntu, tiada harapan dan lemahnya mereka. Sementara itu, wajah-wajah orang yang sombong dan bongkak yang mereka sanjungi ketika di dunia juga akan berada di dalam api. Dan muka ialah salah satu bahagian badan yang merasai kesakitan yang sangat perit kerana disitulah tempat semua saraf-saraf bertemu:

"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah."(Al-Ahzaab 33:66)

"Api neraka itu membakar muka mereka, dan tinggalah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat."(Al-Mu'minuun 23:104)

Sekiranya kita tidak mahu wajah kita ditutupi dengan api, maka jangan sesekali lupa tujuan kewujudan kita di dunia ini, dan kita pasti akan bertemu dengan Hari Kiamat, kecuali jika kita mendapat keredhaan Allah.

Selain daripada seksaan fizikal, penghuni-penghuni neraka juga akan mengalami penderitaan rohani; mereka akan berasa rendah diri, terhina dan malu. Mereka akn diselubungi perasaan menyesal, tidak berdaya dan putus asa. Mereka yang sombong dan terlalu angkuh untuk menyembah Allah ketika di dunia akan memasuki neraka yang hina. Terhina, malu, mereka tidak mampu mengangkat wajah mereka:

"Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka."(Al-Qamar 54:48)

"(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka.Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak.(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu).(Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!" (Ad-Dukhaan 44:47-50)

"Pada hari mereka ditolak ke alam neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya,"(At-Tuur 52:13)

Allah berfirman didalam ayat lain, “..........kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)".(Asy-Syuura 42:10)

"Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama,"(Asy-Syu'araa' 26:94

Pada hari itu, setiap orang daripada mereka akan mengakui perbuatan jahat mereka. Sebagaimana al-Qur'an memberitahu kita, kata-kata mereka ialah:

Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".(Al-Mulk 67:10)

"Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: "Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman".(Al-An'aam 6:27)

".Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah."(Al-Ahzaab 33:66)

Pada hari itu, mereka akan mencela sesama mereka.Mereka akan meminta air dan makanan daripada ahli-ahli syurga, tetapi mereka akan dihalang:

".........dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang."(Al-Kahfi 18:29)

Mereka akan menjerit,

"Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".(Faatir 35:37)

Tetapi semua usaha adalah sia-sia. Tiada pertolongan buat mereka dan nasib mereka yang pahit tidak akan diubah.

Oleh itu, selalulah mengingati ayat ini, 

Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah - hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azabNya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan).” (Asy-Syuura 42:47

Ingatlah, Allah yang menghakimi manusia secara adil, telah mengutuskan Rasul sebagai memberi amaran kepada semua umat manusia, termasuklah kita, dan telah menganugerahkan setiap manusia masa yang cukup untuk bersiap sedia. Oleh itu, di akhirat, tiada siapa yang akan membantu mereka yang maksudkan di dalam al-Qur'an sebagai 'pesalah' 
"Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".(Faatir 35:37)

Kebenaran yang mutlak ialah tiada siapa yang diberi balasan kecuali apa yang dilakukan ketika didunia:

"Kemudian dikatakan lagi kepada orang-orang yang berlaku zalim itu: "Rasakanlah azab yang kekal. Tidaklah kamu dibalas melainkan dengan apa yang kamu usahakan (di dunia)".(Yunus 10:52

Inilah neraka jahannam yang Allah sentiasa ingatkan hamba-hambanya dengan pelbagai cara. Tiada siapapun di atas muka bumi ini boleh mendakwa bahawa dia tidak pernah diberi amaran tentang azab neraka yang kekal. Allah menceritakan penyesalan yang pahit yang dirasa oleh mereka pada hari itu:

"Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"(Al-Fajr 89:23-24)

Ingatlah, pada hari itu walaupun kita mengambil amaran, peringatan yang kita terima ketika di dunia, tidak akan membantu kita langsung dan ia adalah mustahil untuk keluar daripada api nereka, tidak selepas setahun, seribu tahun, sejuta tahun dan tidak untuk selama-lamanya

Saturday, April 12, 2014

Rendah Hati


Rendah Hati

Anggota dari kelompok orang-orang yang ingkar biasanya bersifat kasar, tidak peduli, dan buruk akhlaknya. Semua ini disebabkan keegoisan orang-orang yang ingkar. Mereka menyangka dapat hidup sendiri sehingga tidak memerlukan yang lainnya. Akan tetapi, kelompok orang beriman sangat berbeda dengan orang-orang tersebut kerana salah satu kareter orang beriman ialah menahan nafsu serakah.
Mereka yang dapat menahan nafsu akan menjadi orang yang penuh perhatian terhadap sesama. Al-Qur`an memberitakan jenis pengorbanan antara orang-orang Mekah yang hijrah bersama Rasulullah saw. (Muhajirin) dan orang-orang Madinah yang menolong mereka (Anshar),

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya."
(Al-Hasy-r 59:9

Seperti yang disebutkan dalam ayat tersebut, orang-orang beriman harus mendahulukan kepentingan saudaranya di atas kepentingan pribadi. Itulah sebenar-benarnya iman: kepatuhan dan persaudaraan.
Mendahulukan kepentingan saudaranya tidak terbatas dalam berhubungan dengan hal-hal fisik saja. Ukhuwah juga tidak terpisah dari pemikiran. Seseorang yang beriman harus menyadari kebutuhan dan masalah saudaranya lebih dari dirinya sendiri.
Sikap kasar dan berakhlak buruk menunjukkan kelemahan iman seseorang. Seseorang yang tidak menyadari betapa tindakannya akan memengaruhi orang lain dan berbuat menurut apa yang “dikehendaki” saja, bukanlah contoh orang beriman yang digambarkan Allah. Al-Qur`an menitikberatkan hal ini dengan beberapa contoh tindakan yang berakhlak mulia maupun yang buruk. Dan yang terpenting adalah dengan memuliakan dan menghormati Rasululah saw.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(Al-Hujuraat 49:1)

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah."
(Al-Ahzaab 33:53)

Orang yang dibesarkan dengan ajaran Al-Qur`an akan menjadi mulia, sopan, santun, dan berakhlak mulia. Inilah sifat alami orang beriman yang mendahului kepentingan saudaranya di atas kepentingan pribadi dan yang memberi makan orang-orang fakir, anak yatim, dan para tahanan kerana cinta kepada Allah. Berakhlak mulia menjadi sifat penghuni surga. Tidak mengganggu saudaranya ketika mempunyai urusan penting, berdiam diri ketika temannya sedang shalat, membuat saudaranya merasa aman, menawarkan bantuan dan melayani mereka tanpa bertanya merupakan contoh perbuatan baik. Akan tetapi, semua itu merupakan contoh yang menuntut perubahan situasi dan keadaan.

Tuesday, April 8, 2014

Mengatakan Sesuatu yang Tidak Dikerjakan


Mengatakan Sesuatu yang Tidak Dikerjakan

Orang-orang beriman harus memenuhi janji mereka, seperti yang diperintahkan dalam Al-Qur`an, 
… dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya." (Al-Israa' 17:34)

Menjadi orang yang jujur merupakan salah satu sifat yang penting bagi kaum mukminin. Para rasul Allah membuktikan kebenaran mereka kepada kaumnya dan dikenal sebagai orang yang jujur dan dapat dipercaya. Memenuhi semua janji menjadi bagian penting dalam sifat jujur ini. Orang beriman harus menjaga janji mereka dan tidak pernah berjanji pada hal-hal yang tidak dapat mereka penuhi. Hal ini dikatakan dalam Al-Qur`an,

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."(As-Saff 61:2-3)

.