JANGAN SEKALIPUN LUPA BAHAWA TEMPAT TINGGAL ORANG YANG TIDAK BERIMAN IALAH NERAKA, TEMPAT HUKUMAN YANG ABADI.
"...`. Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".(As-Sajdah 32:13)
Neraka ialah tempat
hukuman yang abadi kepada mereka yang mengingkari Allah, menghabiskan kehidupan
mereka tanpa memikirkan Hari Kemudian. Kebenarannya ialah, dunia ini, yang mana
mereka yang tidak percaya kepada Hari Kiamat terlalu taksub, akan lenyap tetapi
neraka akan wujud selama-lamanya. Para “ahli neraka” akan tinggal didalamnya
buat selama-lamanya. Sebagai hukuman, mereka tidak akan dapat lari daripadanya.
Hukuman ini tidak sama dengan hukuman-hukuman lain:
" Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah."
(Al-Fajr 89:25)
(Al-Fajr 89:25)
"Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus). Ia terus-menerus membakar kulit manusia!" (Al-Muddaththir 74:27,28-29)
Sesetengah manusia berpegang
kepada kepercayaan yang tidak berasas iaitu mereka akan masuk syurga selepas
memasuki neraka untuk suatu jangka masa. Walau bagaimanapun, realiti yang
mengerikan tentang neraka ialah, azab di dalam neraka tidak akan berhenti dan
tiada cara untuk keluar darinya. Al-Qur'an menjelaskan bahawa ia suatu
kesalahan yang serius untuk berpegang kepada kepercayaan itu:
"Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?" (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya." (Al-Baqarah 2:80-82)
"Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan , Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya." (An-Naba' 78:21-23)
Sekiranya tidak dikehendaki
Allah, ia adalah mustahil untuk meninggalkan neraka. Apabila pesalah memasuki
neraka, pintunya akan tertutup untuk selama-lamanya dan api akan
menyelubunginya dari setiap sudut:
"Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).(Al-Balad 90:19-20)
Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam)
juga bersabda bahawa tiada kematian bagi penghuni neraka:
Allah akan memasukkan
penghuni syurga ke dalam syurga dan penghuni neraka ke dalam neraka. Selepas
itu, pembuat pengumuman akan berdiri di antara mereka dan berkata: “Wahai
penghuni syurga, tiada kematian buatmu, wahai penghuni neraka, tiada kematian
buatmu. Engkau akan hidup kekal di dalamnya.” [Muslim]
Ingatlah, setiap individu yang
menghabiskan masa yang terhad yang dianugerahkan kepadanya dengan cuai ketika
di dunia akan mendapat neraka, di mana api akan menyelubunginya untuk
selama-lamanya.
Ia sukar untuk memahami betapa
pedihnya azab di dalam pintu yang tertutup rapat. Daripada ayat-ayat al-Qur'an,
kita faham bahawa neraka ialah tertutup, riuh, suram dan tempat yang berasap.
Neraka ialah destinasi terakhir, tempat azab di mana kepanasan menyelubungi
setiap sel penghuni-penghuni dan di mana makanan dan minuman adalah menjijikan.
Setiap saat di dalam neraka dipenuhi oleh keperitan yang tidak terduga.
Penghuni-penghuni neraka akan melihat gambaran yang paling menakutkan dan
mengerikan; mereka akan mendengar suara yang mengerikan dan menyedihkan, suara
yang kuat, jeritan dan tangisan. Mereka akan menghidu bau yang sangat busuk,
rasa yang sangat teruk dan tajam. Tubuh mereka akan kehangusan daripada kepala
ke kaki.
Wajah penghuni-penghuni neraka
akan dibaluti dengan api; air yang mendidih akan dicurahkan ke atas kepala
mereka. Dan, mereka akan dicop pada sisi dan di belakang mereka. Tanpa rehat
dan keringanan daripada hukuman, kesengsaraan akan berpanjangan buat
selama-lamanya.
Api yang panas akan menyelubungi
penghuni-penghuni neraka. Penerangan-penerangan di dalam al-Qur'an, memberi
gambaran jelas betapa dahsyatnya azab yang dihadapai oleh ahli-ahli neraka;
"....... akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak," (Al-Hajj 22:19)
"Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka." (Ibrahim 14:50)
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (An-Nisaa' 4:56)
"Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu).(Al-Furqaan 25:13)
Mereka akan berbaring di atas katil daripada api neraka yang dialas dengan linen daripada api.

Mereka akan menjerit dan merayu
untuk dilepaskan, tetapi tidak akan berjaya; tiada sesiapa di sekeliling yang
akan menjawab. Mereka akan meminta untuk diringankan hukaman, walaupun untuk
sehari, tetapi permintaan mereka akan dijawab dengan penghinaan dan hukuman
yang lebih menyeksakan.
Bunyi gemuruh daripada api adalah
sangat kuat dan boleh didengar daripada jauh. Penghuni-penghuni neraka akan
dicampakkan ke dalam amukan api
"Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya," (Al-Ma'aarij 70:15)
"......Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang," (Al-Lail 92:14)
dan dibakar ketika mereka menjerit dan menangis.

Ingatlah bagaimana sakitnya
apabila kita terbakar walaupun hanya di hujung jari. Jadi, jangan sesekali lupa
untuk mengelakkan diri daripada kelakuan buruk yang boleh membawa kita memasuki
tempat dimana hukuman daripada api yang sangat dahsyat.
Di dalam tempat tinggal yang
kekal ini, manusia tentu sekali akan berasa lapar dan dahaga. Tetapi, sebagai
balasan terhadap rasa tidak bersyukur dan perbuatan jahat mereka, mereka akan
dibalas dengan
"Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri," (Al-Ghaasyiyah 88:6)
"Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
(Al-Muzzammil 73:13)
"Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman.Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -(An-Naba' 78:24-25)
" Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun."(Al-Ghaasyiyah 88:7)
"Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri," (Al-Ghaasyiyah 88:6)
"Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
(Al-Muzzammil 73:13)
"Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman.Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -(An-Naba' 78:24-25)
"
Segala usaha mereka untuk melepaskan
diri daripada neraka terbukti sia-sia; apabila mereka masuk ke dalamnya, di mana
tiada jalan keluar. Melalui hukuman yang tidak terbendung, mereka akan
menjerit untuk kemusnahan diri mereka
sendiri. Walau bagaimanapun, di dalam neraka, seseorang itu tidak akan mati
atau hidup. Kematian akan mengelilingi mereka daripada semua sudut, tetapi
mereka tidak akan mati.
"Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya), dan ia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat."(Ibrahim 14:17)
Ahli neraka hanya menderita kerana apa yang telah mereka lakukan. Tiada rahmat terhadap mereka atau keredaan daripada kesakitan mereka.

Api neraka tidak akan membunuh,
tetapi akan menyebabkan kesakitan yang hebat. Menyedari penderitaan adalah
untuk selama-lamanya, penghuni neraka akan sedar bertapa buntu, tiada harapan
dan lemahnya mereka. Sementara itu, wajah-wajah orang yang sombong dan bongkak
yang mereka sanjungi ketika di dunia juga akan berada di dalam api. Dan muka
ialah salah satu bahagian badan yang merasai kesakitan yang sangat perit kerana
disitulah tempat semua saraf-saraf bertemu:
"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah."(Al-Ahzaab 33:66)
"Api neraka itu membakar muka mereka, dan tinggalah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat."(Al-Mu'minuun 23:104)
Sekiranya kita tidak mahu wajah
kita ditutupi dengan api, maka jangan sesekali lupa tujuan kewujudan kita di dunia
ini, dan kita pasti akan bertemu dengan Hari Kiamat, kecuali jika kita mendapat
keredhaan Allah.
Selain daripada seksaan fizikal,
penghuni-penghuni neraka juga akan mengalami penderitaan rohani; mereka akan
berasa rendah diri, terhina dan malu. Mereka akn diselubungi perasaan menyesal,
tidak berdaya dan putus asa. Mereka yang sombong dan terlalu angkuh untuk menyembah
Allah ketika di dunia akan memasuki neraka yang hina. Terhina, malu, mereka
tidak mampu mengangkat wajah mereka:
" Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka."(Al-Qamar 54:48)
"(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka.Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak.(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu).(Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!" (Ad-Dukhaan 44:47-50)
"Pada hari mereka ditolak ke alam neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya,"(At-Tuur 52:13)
Allah berfirman didalam ayat lain,
“..........kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)".(Asy-Syuura 42:10)
"Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama,"(Asy-Syu'araa' 26:94)
Pada hari itu, setiap orang
daripada mereka akan mengakui perbuatan jahat mereka. Sebagaimana al-Qur'an
memberitahu kita, kata-kata mereka ialah:
“Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".(Al-Mulk 67:10)
"Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: "Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman".(Al-An'aam 6:27)
".Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah."(Al-Ahzaab 33:66)
Pada hari itu, mereka akan
mencela sesama mereka.Mereka akan meminta air dan makanan daripada ahli-ahli
syurga, tetapi mereka akan dihalang:
".........dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang."(Al-Kahfi 18:29)
Mereka akan menjerit,
"Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".(Faatir 35:37)
Tetapi semua usaha adalah sia-sia. Tiada pertolongan buat mereka dan nasib mereka yang pahit tidak akan diubah.

Oleh itu, selalulah mengingati
ayat ini,
“Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah - hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azabNya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan).” (Asy-Syuura 42:47)
“Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah - hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azabNya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan).”
Ingatlah, Allah yang menghakimi
manusia secara adil, telah mengutuskan Rasul sebagai memberi amaran kepada
semua umat manusia, termasuklah kita, dan telah menganugerahkan setiap manusia
masa yang cukup untuk bersiap sedia. Oleh itu, di akhirat, tiada siapa yang akan
membantu mereka yang maksudkan di dalam al-Qur'an sebagai 'pesalah'
"Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".(Faatir 35:37)
Kebenaran yang mutlak ialah tiada siapa yang diberi balasan kecuali apa yang dilakukan ketika didunia:

" Kemudian dikatakan lagi kepada orang-orang yang berlaku zalim itu: "Rasakanlah azab yang kekal. Tidaklah kamu dibalas melainkan dengan apa yang kamu usahakan (di dunia)".(Yunus 10:52)
Inilah neraka jahannam yang Allah
sentiasa ingatkan hamba-hambanya dengan pelbagai cara. Tiada siapapun di atas
muka bumi ini boleh mendakwa bahawa dia tidak pernah diberi amaran tentang azab
neraka yang kekal. Allah menceritakan penyesalan yang pahit yang dirasa oleh
mereka pada hari itu:
"Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"(Al-Fajr 89:23-24)
Ingatlah, pada hari itu walaupun kita mengambil
amaran, peringatan yang kita terima ketika di dunia, tidak akan membantu kita
langsung dan ia adalah mustahil untuk keluar daripada api nereka, tidak selepas
setahun, seribu tahun, sejuta tahun dan tidak untuk selama-lamanya
No comments:
Post a Comment