NUFNNANG

NAMA BLOGGERS

Friday, March 18, 2011

Berlaku Adil dan Sesuai Hukum..

Berlaku Adil dan Sesuai Hukum.


     "Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."(Al-Anfaal: 41)
        Dalam Al-Qur'an, Allah memerintahkan mukmin tidak menyimpang dari keadilan, apa pun keadaannya lihat:
     "Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."(An-Nisaa': 135)
      Mereka yang beriman sempurna selalui menaati perintah ini dan menegakkan keadilan. Mereka tidak pernah melupakan bahawa mereka harus bertanggung jawab atas perbuatan-perbuatan mereka di hari kemudian dan akan di hadapkan di hari itu  dengan setiap perbuatan baik atau buruk yang mereka lakukan. Kerana alasan ini, tidak satu pun sasaran-sasaran yang mungkin mereka raih di dunia ini tanpak lebih baik daripada ridha Allah yang mereka harap tercapai di hari kemudian.
      Salah satu sifat terpenting mukmin yng ta'at adalah bahawa mereka telah memilih cara "orang-orang yang terdepan". Kerana itu, mereka selalu menunjukkan sikap dengan selalu berharap meraih kesenangan dari Allah Swt. Mereka bertindak dengan kesedaran bahawa  "Untuk setiap hari dimana matahari terbit, ada pahala sedekah bagi orang yang menegakkan keadilan di antara manusia"(HR Bukhari). 
       Dalam Al-Qur'an, Allah memerintahkan sebagai berikut:
       "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat".(An-Nisaa': 58)
     Untuk meraih pemahaman keadilan menurut pengertian Al-Qur'an, seseorang harus mampu menahan hasrat hawa nafsunya dan mengikuti nuraninya. Disamping itu, ia harus bertekad menahan amarahnya dan berfikir menurut landasan-landasan Al-Qur'an. Sungguh, mereka yang beriman sempurna memiliki semua watak ini,
     "Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."(Al-Hujuraat:9),
Mereka tidak pernah menyeleweng dari keadilan.




     

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik untuk tabung blog ini.....terimakasih