NUFNNANG

NAMA BLOGGERS

Sunday, March 13, 2011

Berdakwah Kepada Kaum Munafik...

Tetap Istiqamah Berdakwah Kepada Kaum Munafik...


      "Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) yang menghalangi di antara kamu, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: "Marilah bersatu dengan kami", sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja."(Al-Ahzaab: 18).
      Orang-orang munafik atau mereka yang keyakinannya lemah gagal menyedari bahawa perutusan-perutusan yang dibuat Rasulullah SAW. dijamin sepenuhnya oleh Allah. Mereka menentang beliau yang kemudian melahirkan pertentangan:
      "Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya."(Al-Taubah: 61)
      Mereka malah menggunakan perutusan-perutusan itu untuk bergosip(memfitnah) dan mencuba menyebarkan penentangan untuk membuat orang-orang saling bertikai dan menciptakan kumpulan melawan mereka.
   Orang-orang munafik juga bersikap seolah-olah percaya akan perkatan beliau, padahal sebenarnya tidak. Mendapati sikap seperti ini, Rasulullah SAW tetep menjelaskan agama dengan tekad yang baik dan tidak memperhatikan halangan-halangan itu.
      "Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada." (A-li'Imraan; 119)
      "Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa."(Ar-Rad: 36)
      Rasulullah SAW terus mengingatkan mereka menggunakan cara yang paling berkesan dalam mengomunikasikan agama dengan harapan mereka menemukan keyakinan dan meninggalkan kebencian mereka dan agama mereka semula.
      Meskipun dua sikap bertentangan yang diperlihatkan orang-orang yang menentang beliau, Rasulullah SAW  berbicara dengan mereka dengan perkataan yang dapat memungkinkan mereka melihat kebenaran dan dapat mengerakkan hati nurani mereka.
      Ini tanggung jawab yang berat, yakini memberikan nasihat kepada musuh-musuh beliau, memperlihatkan kesalahan cara-cara mereka beribadah, dan menyeru mereka kepada jalan kebenaran.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik untuk tabung blog ini.....terimakasih