NUFNNANG

NAMA BLOGGERS

Friday, March 2, 2012

JANGAN SEKALIPUN LUPA BAHAWA PETUNJUK SEBENAR HANYALAH AL-QUR'AN.

"Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji." (Ibrahim 14:1
Allah menurunkan al-Qur'an kepada manusia untuk kita berfikir, supaya kita tahu yang hanya Allah, tuhan yang satu, untuk belajar bagaimana untuk beribadat kepada-Nya dan untuk fokus. Al-Qur'an, petunjuk kita yang satu, memberikan kita pelbagai penjelasan untuk segala yang kita perlukan, menunjukkan kita jalan untuk mendapat keredhaan Allah dan memberi khabar gembira  tentang kesudahan yang besar bagi mereka yang berserah kepada-Nya sebagai hamba:
 "......... dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam." (Al-Nahl 16:89)
Al-Qur'an ialah yang mengandungi kebenaran yang diturunkan Allah kepada hamba-Nya. Ia mengandungi amaran, penawar dan rahmat kepada orang yang beriman. Orang yang beriman yang memahami realiti yang penting ini akan berfikir secara mendalam setiap ayat al-Qur'an dan menghabiskan semua masa dalam hidupnya dengan mematuhinya (al-Quran). Jawapan untuk setiap soalan yang dicarinya terkandung di dalam al-Quran.
"Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman." (Al-A'raaf 7:52
Kerana Al-Quran menerangkan segala perkara yang berkaitan dengan menjadi hamba Allah, manusia bertanggungjawab untuk hidup dengan Al-Quran, menjauhi larangnya dan mematuhi perintahnya. Pada Hari Perhitungan, manusia akan disoal berdasarkan AL-Qur'an ini sendiri. Oleh itu, jangan sesekali lupa bahawa bagaimana kita membawa diri, fikiran, keputusan, secara singkat, seluruh kehidupan kita, sepatutnya berkait rapat hanya dengan Al-Qur'an dan bukannya apa yang majoriti manusia mahukan. Hidup dengan Al-Qur'an ialah cara yang unik untuk menyelamatkan diri daripada api neraka.
Tambahan pula, ia penting untuk membaca dan memahami Al-Quran untuk hidup dengan agama yang diturunkan di dalamnya, walaupun masyarakat di sekeliling kita mungkin jauh daripada mematuhinya (Al-Quran). Majoriti manusia mungkin tidak pernah membaca al-Quran. Sebaliknya, di kalangan mereka yang mengetahui  Al-Quran, mereka mungkin di kalangan yang menghafal ayat-ayat di dalam bahasa arab sahaja tanpa memikirkan maknanya. Mereka mungkin menganggap Al-Quran sebagai azimat (Sesungguhnya Allah adalah sangat jauh daripada gambaran palsu yang diberikan kepada Allah) dan oleh yang sedemikian meletakkannya di atas rak yang paling tinggi. Tetapi sekiranya kita mahu menyelamatkan diri daripada neraka, kita perlu mematuhi segala perintah Allah dan bukannya perintah masyarakat. Kita perlu membaca amaran-amaran yang diturunkan oleh Allah dan mengetahui dengan mendalam perintah-perintah-Nya. Tujuan Al-Qur'an diturunkan dijelaskan dengan jelas didalam ayat-ayat dibawah:
"(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf". (Ibrahim 14:52)
"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar." (Saad 38:29)
Sebagaimana yang dilihat didalam ayat Qur'an diatas, Allah memberitahu kita yang hanya mereka yang mempunyai ilmu sahaja iaitu mereka yang mempunyai iman sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Qur'an, akan memberi perhatian. Dan ingatlah bahawa Al-Qur'an telah dipermudahkan kepada kita sebagai renungan dan nasihat:
"(Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu." (Al-An'aam 6:114)
"Dan demikianlah pula Kami menurunkan Al-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan yang jelas nyata; dan sesungguhnya Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan dan undang-undangNya)." (Al-Hajj 22:16)
Selain daripada apa yang dinyatakan di dalam ayat-ayat ini, ada perkara lain yang penting untuk kita ingat: Al-Qur'an ialah panduan kepada orang-orang beriman sebaliknya ia boleh menyesatkan orang-orang yang tidak beriman. Mereka yang tidak percaya yang mereka akan dihimpunkan di hadapan Allah pada Hari Pembalasan dan Al-Qur'an adalah kitab yang benar yang diturunkan oleh Allah, telah gagal memahami tujuan suci ayat-ayat al-Qur'an. Mereka masih pekak dan buta dengan ayat-ayat itu. Keadaan ini dijelaskan di dalam al-Qur'an seperti berikut:
"Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu. Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al- Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri." (Al-Israa' 17:45-:46)
Tanpa sebarang keraguan, sikap orang yang tidak beriman ini adalah berpunca daripada sikap mereka yang tidak ikhlas dan kecenderungan mereka untuk mengikut perasaan dan nafsu. Sebagai contoh  kurangnya pemahaman di kalangan orang-orang yang tidak beriman adalah seperti berikut:
"Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia." (Al-Muddaththir 74:31)
Orang-orang beriman sebaliknya mempunyai fikiran yang berbeza. Apabila mereka mendengar ayat-ayat Allah, mereka patuh dengan keindahan mesej itu dan dengan demikian medapat keselamatan di dunia dan di akhirat. Sikap orang yang beriman terhadap ayat-ayat Allah dijelaskan di dalam al-Quran seperti berikut:
"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya." (Az-Zumar 39:23)
Ingatlah, sekiranya kita benar-benar takutkan Allah, hati kita akan lembut apabila mendengar ayat-ayat-Nya. Ini kerana Allah telah menyatakan kepada kita bahawa orang yang beriman dengan iman yang sebenar akan mendapat kemudahan untuk memahami Al-Qur'an sebagai kitab yang benar. Hanya orang yang tidak beriman mempunyai keraguan tentang kesahihannya:
"Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus. Dan orang-orang kafir tetap di dalam keraguan terhadap Al-Quran hingga datang kepada mereka saat kiamat secara mengejut, atau datang kepada mereka azab hari yang tidak ada kebaikan untuk mereka." (Al-Hajj 22:54-55)
Ingatlah, kita akan dihakimi berpandukan Al-Qur'an pada Hari Pembalasan. Allah menyatakan kebenaran ini didalam ayat tersebut:
"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan). (Az-Zukhruf 43:43-44)
Masyarakat yang jauh daripada Al-Qur'an, dan mereka yang hampir mengabaikannya, sepatutnya tidak boleh memperdayakan kita. Ini kerana, sebagaimana manusia menganggap jangka hayat seseorang ialah antara 60- 70 tahun sebagai jaminan, mereka cenderung menunggu usia tua sebagai masa yang sesuai untuk mengikuti ajaran Al-Qur'an. Mereka dengan salahnya menyimpulkan bahawa hidup berlandaskan agama akan menggugat kegembiraan masa muda mereka. Dengan alasan yang tidak tulus ini, bagaimanapun, mereka menyiapkan diri mereka untuk kesudahan yang pahit.
Satu-satunya panduan yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk menjadi hamba kepada Allah ialah Al-Qur'an. Kita perlu menstrukturkan hidup kita berlandaskan perintah-perintahnya. Ini kerana, pada Hari Kiamat, muslim dan bukan muslim adalah sama dan mereka akan diadili berdasarkan kepada kepatuhan mereka terhadap Al-Qur'an. Jangan sesekali lupa bahawa kita hanya boleh berharap untuk mendapatkan syurga dan bebas daripada hukuman yang kekal dengan syarat yang kita benar-benar ikhlas melaksanakan perintah-perintah didalam Al-Qur'an. 

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik untuk tabung blog ini.....terimakasih