NUFNNANG

NAMA BLOGGERS

Sunday, June 12, 2011

ASAL SEGALA MAKSIAT...

ASAL SEGALA MAKSIAT...
     Melalui  ini...kita akan dapat mengenalpasti akan punca dan asal daripada segala sifat-sifat buruk yang ada pada seseorang.  Jika diselidiki, memang banyaklah pelakuan maksiat dan kejahatan yang dilakukan oleh seorang hamba hasil daripada kuatnya desakan dan tarikan nafsu syahwat.
     Semasa makan,  hamba buat buat maksiat kerana mengikut nafsu dan selera mereka untuk bersedap-sedap dengan hidangan lauk-pauk yang lazat hinggakan melemahkan anggota dan hati untuk beribadat kepada Allah.
     Semasa tidur, seorang hamba juga buat maksiat kerana mengikut nafsu syahwatnya untuk tidur di atas tilam yang empuk sehinggakan susah untuk Qiyamullail dan mungkin tertakhir sembahyang subuh  hingga mata hari terbit.
     Semasa bercakap dan berbincang dengan kawan-kawan, seorang hamba banyak melakukan dosa dan maksiat kerana mengikut nafsunya yang suka bercakap mengenai sesuatu yang menyebabkan mereka banyak ketawa atau memperkatakan sesuatu perkara yang haram seperti mengumpat dan menghina orang lain.
     Semasa beribadat hamba banyak juga buat dosa dan maksiat  kerana mengikut telunjuk nafsu syahwat dan redha dengannya untuk;
  • mentakhirkannya tanpa kelulusan syarak
  • mencampurkannya dengan riya
  • menyemaikan benih-benih ujub
  • mengharapkan kemulian dan balasan
  • dipandang kita banyak buat ibadat berbanding orang lain
  • menagih sesuatu keistimewaan dari amalan atau wirid yang  dikerjakan
  • dan banyak lagi maksiat-maksiat sama ada yang zahir atau tersembunyi.
Semuanya adalah kerana redhanya hamba  dengan keinginannya yang jahat-jahat tetapi didatangkan dalam wajah yang  baik sehinggakan sesuatu yang
  • jahat dianggap baik
  • salah dianggap betul
  • menipu dianggap benar
  • kurang disangkakan sempurna
  • berlebih-lebihan dikatakan sekadar mencukupi
  • malas dikatakan rajin
  • fitnah dikatakan sebagai maklumat
  • bidaah dikatakan ikut sunnah
  • tergelincir dianggap berada pada landasan yang betul
  • dosa dianggap pahala
dan berbagai-bagai lagi dari sesuatu yang batil tetapi dianggap yang sebenar lantaran cenderungnya dan sebatinya hamba dengan sifat-sifat mazmumah yang tercela lagi merosakan.





Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik untuk tabung blog ini.....terimakasih