NUFNNANG

NAMA BLOGGERS

Thursday, April 21, 2011

Siksa Bagi Pendosa di dalam Neraka

Siksa Bagi Pendosa di dalam Neraka
     "Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran? "(Al-Qamar: 51)
     Pedihnya rasa sakit dan hukuman yang dialami di neraka tidak dapat dibandingkan sakit apa pun didunia ini. Siksa api ada bermacam jenis. Penghuni neraka terus menerus menjerit agar dapat di selamatkan dari api, mereka dimampatkan didalam ruang-ruang yang sempit, tangan mereka terikat ke leher, mereka meronta-ronta kesakitan. Lapar dan haus mereka menjadi tidak tertahankan. Rasa sakit mereka tidak pernah berkurang. Keadaan mereka ini di perburukan oleh penyesalan besar, perasaan putus asa,dan menghilangharapan. Mereka ingin musnah selama-lamanya, namun sia-sia. mereka diceritakan:
     "Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina."(An-Nisaa' : 14)
     "Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."(An-Nisaa' : 56)
     "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang."(Al-Kahfi: 29)
     "Rasalah bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu, kerana kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan"(At-Tuur: 16)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik untuk tabung blog ini.....terimakasih