"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".(Al-Ikhlaas: 1-4)
Salah satu hal penting bagi dakwah Rasulullah saw. adalah peringatan untuk melawan mereka yang menyekutukan Allah (syirik). Allah adalah satu-satunya Tuhan dan tidak ada kekuatan selain Allah.
Beliau juga memperingatkan mereka untuk melawan penyembahan terhadap berhala. Beliau diperintahkan untuk melakukan hal tersebut melalui beberapa ayat dalam Al-Qur'an:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Yusuf: 108)
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun". (Al-Jinn; 20)
"Katakanlah lagi (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya; "(Az-zumar: 11)
"Katakanlah lagi: "Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya."(Az-Zumar: 14)
Rasulullah saw. mengingatkan bahawa tidak ada satu pun yang dapat mereka setarakan dengan Allah dalam menciptakan apa pun atau memiliki kuasa untuk membahayakan atau mengambil keuntungan atasnya.

1 comment:
InsyaAllah kita terpelihara drpd kemusyrikan ini..aamiin..
Post a Comment