NAMA BLOGGERS

Tuesday, February 1, 2011

HAMBA YANG DIREDAHI ALLAH....(akhir)

.............akhir................

Apa yang perlu diinsafi dan disedari terutamanya bagi mereka yang merasa diri banyak melakukan amal taat dan kebajikan,  berdakwah,  berjuang dan berjihad kepada ALLAH dengan pelbagai ibadat dan kebaikan sama ada untuk dirinya mahupun untuk saudara-sauadaranya yang lain ialah cukuplah dengan mengingati dan memandang bahawa;
  • Tidak akan terdiri dan terlaksana segala amal taat yang dikerjakan itu melainkan kerana ALLAHlah yang telah memberikan taufiq dan hidayah kepada mereka tanpa sebarang sebab dan kerana;
  • Dan betapa dengan kebaikan ALLAH yang menarik dan membuka jalan-jalan untuk berjinak-jinak dan berada dalam kehampiran denganNya dalam setiap waktu dan ketika.
  • Dengan rasa yang manis dan lazat,  kerinduaan yang meluap-luap untuk berada dalam MajlisNya menunjukkan bahawa wujudnya pembalasan ALLAH kepada mereka yang diberikan taufiq dan hidayah dalam mengharungi kepayahan berjuang kepada ALLAH.
Semuanya ini menunjukkan betapa setiap kepayahan dan kesusahan yang dilalui itu mendapat harga dan penilaian di sisi ALLAH.  Siapakah lagi yang punya kebaikan yang dapat mengatasi kebaikan ALLAH ini di mana;
  • Dalam keadaan lalai dan kufur,  diKurniakan  mereka Taufiq dan Hidayah untuk menyempurnakan amal ibadat dan ketaatan yang zahir;
  • Dan setelah mengharungi susah payah memelihara dan mengistiqamahkan amalan-amalan yang dikerjakan dibalaskan pula dengan kesucian hati dan kehalusan pandangan sehingga mencapai kehampiran  untuk berjinak-jinak dengannya.
Sesungguhnya kebaikan ALLAH itu mengatasi segala perilaku dan hal-ahwal dirimu.
  • Mengapakah lagi engkau ingin berbangga dengan ilmu yang seumpama setitik air lautan itu?
  • Mengapakah lagi engkau ingin diberi perhatian di atas amal ibadat yang disedekah olehNya?
  • Mengapakah lagi diminta balasan di atas keikhlasan hatimu yang dihadiahkan untukmu?
  • Tidakkah cukup dan memadai lagi segala kebaikan dan anugerah yang diberikan itu???? 
Jika dapat difahami dan dikesani oleh jiwa yang halus,  maka jelaslah pada kita bahawa tidaklah layak untuk kita mengharap-harapkan lagi balasan dan keistimewaan dari ALLAH TAALA kerana pembalasan itu sudah sedia ada sebelum,  semasa dan sesudah kita melaksanakan hukum ketentuan dan ketetapanNya.  Dan tidaklah patut(beradab) bagi yang bermakrifat itu mendakwa akan kehebatan ibadatnya,  memandang tinggi akan hal-ahwalnya dan merasai bersih sucinya keikhlasan hatinya kerana semuanya itu adalah kerana wujudnya kebaikan dan keredhaan ALLAH ke atas dirinya.
Cukuplah pembalasan itu dengan kebaikan ALLAH yang  dilimpahkan kepada dirimu.
Cukuplah pembalasan itu dengan keredhaan ALLAH yang dianugerahkan buat dirimu.
Jangan lah ditukar-tukar lagi keredhoaan dengan kemurkaanNya hanya kerana inginkan itu tamakkan ini.   Bersyukurlah dan bersyukurlah kepadaNya yang telah memberikan kebaikan yang tiada kehinggaan ini.......


Jumpa lagi dilain topik....Wassalam.

No comments:

.