NUFNNANG

NAMA BLOGGERS

Thursday, February 3, 2011

SAHABAT..SEJATI............

Asalaamulaikum,
  
Ciri-ciri mencari sahabat sejati;-


Seorang hamba Allah yang tujuan hatinya untuk sampai kepada Allah di dalam menjalani kehidupan dunianya ditegah dan dilarang untuk berkawan atau bersahabat dengan golongan manusia yang hal/peribadi dan kelakuannya tidak banyak membantu dalam perjalanan  menuju kepada Yang Haq.
 Demikian jugalah dilarang sama sekali bersahabat dengan golongan yang percakapannya semata-mata untuk kepentingan dunia tanpa ada pengajaran dan iktibar yang boleh mendekatkan kepada akhirat atau Allah.
Dua golongan manusia ini adalah kebanyakan manusia(awam) atau orang alim yang ahli dunia.
 Tindak-tanduk dan perkataannya hanya berkisar kepada kesenangan, kemewahan, keangkuhan atau sekurang-kurangnya cenderung kepada yang lalai dan jauh daripada beribadat dan mengingati Allah.
Sebaliknya itu hendaklah berkawan,bergaul, berurusan dan bersahabat dengan mereka yang sibuk dalam mengesahkan dan menyempurnakan amal ibadatnya mengikut yang disyariatkan oleh Allah Taala.
 Mereka ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan memperelokkan syariatnya dengan cara menuntut ilmu atau mengajar ilmu akhirat, beramal beribadat, meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia dan lalai.
 Hati mereka selalu memperhitungkan keredaan Allah dalam setiap urusan dan tindak-tanduknya.
 Dari kejernihan hati ini terpancarlah pada peribadi dan kelakuannya sifat-sifat yang mulia dan ikhlas yang akan melimpahkan kesannya kepada sesiapa yang mendampinginya dengan hakikat dan keta'atan. Pengucapan dan ideanya akan menjadi petunjuk dan pembimbing kepada sesiapa yang hampir dengannya. Manusia beginilah yang mesti dipilih untuk dijadikan  seorang sahabat.


Wassalam jumpa lagi.......

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik untuk tabung blog ini.....terimakasih