NAMA BLOGGERS

Tuesday, February 1, 2011

HAMBA YANG DIREDHAI ALLAH...(3)

.......sambungan dari 2 .........

Dan dalam tiap-tiap taat dan kebaktian yang kau kerjakan,  dengan keluhuran dan ketulusan hati yang dibawa adalah dan dengan keredhaanNya atas tiap halmu itu,  maka sesungguhnya ini adalah dari kerana terserlahnya Kemuliaan daripadaNya ke atas dirimu.
  • Dimuliakan kau dengan dihimpunkan bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang taat
  • Dimuliakan kau dengan dihampirkan kepada KesisianNya
  • Dimuliakan kau dengan MeRedhai di atas setiap hal-ehwalmu
  • dan dengan lain-lain kemuliaan;
Semua kemuliaan tersebut,  bukanlah  kerana dengan ketaatan yang  kau dirikan,  bukan kerana ketinggian ilmumu,  dan bukan kerana eloknya hal-ahwal dirimu dan yang lain-lannya,  malahan semua perkara-perkara tersebut dapat memberi sebarang manfaat kepada ALLAH,  sebagaimana tiada berkurangan ketinggian dan kemuliaanNya kerana maksiat dan penderhakaanmu kepadaNya.  Dia tetap Maha Tinggi,  Maha Mulia dengan KeperkasaanNya dan Terkaya daripada sesuatu.Maka ketahuilah,  ALLAHlah yang mendirikan engkau dengan pelbagai taat dilakukan dan Ia Meredhai pula hal-ahwal dirimu dengan pelbagai limpah dan Anugerah,  bukanlah dengan usaha dan tadbir diri engkau,  tetapi bahkan semata-mata kembali segala manfaat yang kau kerjakan itu kepada dirimu,  untuk kebaikan dirimu dan untuk memuliakan dirimu.  Sedikit pun tidak ada sebarang manfaat kepada ALLAH,  malah untuk dirimu sendiri.  Untuk dirimu sendiri........bersambung........kebahagian akhir......

No comments:

.